Jawatan Kosong 2025 di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM)
Jawatan:
KELULUSAN MINIMUM: IJAZAH SARJANA MUDA / IJAZAH SARJANA MUDA DENGAN KEPUJIAN
1. PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT GRED S9 (SEMENANJUNG) - 47 Kekosongan
KELULUSAN MINIMUM: SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA / SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA / SIJIL MATRIKULASI KPM / DIPLOMA
1. PENOLONG PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT GRED S5 - 46 Kekosongan
Semua kekosongan jawatan adalah di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM). Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-
Tarikh Tutup Permohonan : 08 Julai 2025 (Selasa), jam 11.59 malam
Sejarah
KPWKM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Kementerian Hal Ehwal Wanita yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 17 Januari 2001. Fungsi Kementerian kemudiannya telah diperluas dan ditukar namanya kepada Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga (KPWK) mulai 15 Februari 2001. Penubuhan Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga (KPWK) adalah manifestasi pelaksanaan iltizam negara.