Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) - 8 Disember 2020

Post a Comment
Jawatan Kosong 2020 di Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu

Jawatan Kosong 2020 di Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT)


Latar Belakang

Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) merupakan sebuah Badan Berkanun Negeri, ia telah ditubuhkan di bawah Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu Bil.7 Tahun 1974 dan telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Terengganu pada 6 Julai 1974.

Mesyuarat pertama penubuhan Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu telah diadakan pada 1 Februari 1976 dengan menubuhkan sebuah Jawatankuasa kerja dengan peruntukan awal oleh Kerajaan Negeri sebanyak RM 20,000.00 bagi tujuan penubuhannya. Pada awal 1977 Kerajaan telah membina Bangunan Tun Abd. Razak dengan perbelanjaan sebanyak RM1.5 juta.

Pada tanggal 1 Ogos 1977, Enakmen ini telah dikuatkuasakan dan beroperasi di pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu di Bangunan Dewan Undangan Negeri Terengganu di Bukit Che Long, Jalan Cherong Lanjut, Kuala Terengganu. Pada 29 Jun 1977, Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu dipindahkan ke Bangunan Wisma Darul Iman (kini Wisma Negeri) dan dengan itu PPAT turut sama berpindah dan ditempatkan di bilik perpustakaan pejabat tersebut di tingkat lima. baca lagi..

Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Jawatan:

1. PENOLONG PUSTAKAWAN, GRED S29 - 1 Kekosongan

2. PEMBANTU PUSTAKAWAN, GRED S19 - 4 Kekosongan


Syarat Lantikan Penolong Pustakawan, Gred S29:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
( Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM 1,493.00); atau

(ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM 1,493.00); atau

(iii) Diploma Pengurusan Maklumat atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM 1,770.95).


Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. 


Syarat Peningkatan Secara Lantikan:

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Pustakawan dan Pembantu Pemuliharaan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pustakawan Gred S29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
(a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan 1(c); atau

(ii) lulus Peperiksaan Khas; dan

(b) had umur pelantikan:

(i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

(ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

(iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.


Penetapan Gaji Permulaan:

Gaji permulaan yang lebih tinggi daripada gaji minimum Gred S29 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan.


Tempoh Percubaan:

Pegawai yang dilantik adalah dikehendaki berkhidmat dalam tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun.

Latihan Pegawai boleh dikehendaki mengikuti latihan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan.


Program Transformasi Minda/Peperiksaan

Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan.


Pengesahan Dalam Perkhidmatan

Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:

(a) memenuhi tempoh percubaan;

(b) hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan; dan

(c) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.


Pergerakan Gaji Tahunan

Pergerakan Gaji Tahunan adalah tidak automatik dan akan ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan berdasarkan prestasi perkhidmatan.


Keperluan Kompetensi dan Potensi

Pegawai hendaklah memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan untuk kenaikan pangkat.


Kenaikan Pangkat Ke Gred S32

Penolong Pustakawan Gred S29 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan ke jawatan Penolong Pustakawan Gred S32 yang kosong apabila telah:

(a) disahkan dalam perkhidmatan;

(b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;

(c) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan

(d) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.


Peningkatan Secara Lantikan Ke Jawatan Pustakawan Gred S41

Penolong Pustakawan yang menunjukkan prestasi yang cemerlang adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pustakawan Gred S41 yang kosong mengikut syaratsyarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan berkenaan.



Syarat Lantikan Pembantu Pustakawan Gred S19:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
 (Gaji Permulaan pada Gred S19 : RM 1,352.00); atau
 
(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
(Gaji Permulaan pada Gred S19 : RM 1,408.40); atau

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
(Gaji Permulaan pada Gred S19 : RM 1,464.80).


Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Penetapan Gaji Permulaan

Gaji permulaan yang lebih tinggi daripada gaji minimum Gred S19 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan.


Deskripsi Tugas

Membantu, mengendali dan melaksana:

i) urusan perolehan dan pengkatalogan bahan perpustakaan;
ii) perkhidmatan sirkulasi dan rujukan;
iii) penggunaan aplikasi ICT perpustakaan;
iv) promosi perkhidmatan perpustakaan;
v) sumber maklumat yang diperlukan oleh pengguna;
vi) pendokumentasian bahan perpustakaan;
vii) statistik perpustakaan; dan
viii) lain-lain tugasan yang berkaitan.


Cara Memohon:

Permohonan untuk kesemua jawatan di atas boleh dibuat secara atas talian melalui http://ekerjaya.trglib.gov.my atau boleh klik melalui link yang admin sediakan di bawah.

Pemohon hendaklah mendaftar sebagai pengguna terlebih dahulu seterusnya mengisi maklumat peribadi sebelum memohon sebarang jawatan.


Tarikh Tutup Permohonan : 08 Disember 2020


Post a Comment