Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong Kerajaan di Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) - 7 Disember 2020 [8 Kekosongan]

Post a Comment
Jawatan Kosong Kerajaan 2020 di Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM)

Jawatan Kosong 2019 di Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM)

Sejarah Penubuhan

Sejarah awal Kementerian Penerangan bermula pada awal abad ke-20 dengan wujudnya stesen-stesen radio yang merupakan saluran komunikasi terawal di negara ini. Radio telah digunakan untuk menyebarkan dakyah dan propaganda penjajah British dan Jepun bagi mempengaruhi minda dan meraih sokongan mereka. Manakala itu, Malayan Film Unit (MFU) melalui penerbitan filem-filem digunakan bagi melancarkan perang saraf dan gerak saraf terhadap pengaruh komunis yang mengancam Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Pada tahun 1945, Jabatan Perhubungan Raya ditubuhkan dan menjadi sebahagian jentera Kerajaan serta ditukar namanya ke Jabatan Perkhidmatan Penerangan (Federal Government's Information Services) pada tahun 1950.

Pada Oktober 1959, Tuan Syed Jaafar Albar telah dilantik sebagai Menteri Muda yang bertanggungjawab terhadap bidang penerangan dan penyiaran pada ketika itu.

Pada 1 Julai 1961, Kementerian Penerangan dan Penyiaran telah ditubuhkan dan diletak di bawah tanggungjawab Perdana Menteri pada ketika itu iaitu Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan dibantu oleh seorang Menteri Muda, Encik Ismail bin Yusof.

Pelancaran perkhidmatan siaran televisyen dalam bentuk hitam putih pada tahun 1963 memperlihatkan perkembangan pesat bidang penyiaran. Studio pertamanya yang terletak di Dewan Tunku Abdul Rahman, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Pada tahun 1978, majlis pelancaran TV warna ini dilancarkan sempena genap 15 tahun usia siaran TV di Malaysia pada 28 Disember 1978. Program dalam bentuk warna yang pertama disiarkan adalah siaran langsung program Puspawarna.

Perkembangan pesat dalam bidang politik, ekonomi dan sosial memperlihatkan peranan Kementerian Penerangan bertambah daripada hanya mengendalikan perkhidmatan penerangan dan penyiaran kepada penyaluran berita dalam dan luar negara melalui penyertaan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA).

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) yang sebelum ini diletak di bawah Kementerian Perdagangan dan Industri telah menyertai Kementerian Penerangan pada tahun 1981 dengan objektif untuk membangun, menggalak dan memajukan industri perfileman tempatan. Manakala itu, Jabatan Hal Ehwal Khas (JHEK) pula ditubuhkan di bawah Kementerian ini pada tahun 2000 bertujuan untuk mendidik dan menerapkan nilai-nilai murni di kalangan rakyat pelbagai kaum khususnya orang Melayu bagi memahami dan menghayati semangat kesetiaan dan cintakan negara.

Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Jawatan:

KELULUSAN MINIMUM: IJAZAH

1. PEREKA GRED B41 - 8 Kekosongan


1. Jadual Gaji
 
Gaji Minimum : RM2,095.00
Gaji Maksimum : RM9,87.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00  


2. Syarat Lantikan

Calon bagi lantikan hendaklah mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti serta memiliki kelayakan seperti berikut:  

(a) warganegara Malaysia;  

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(i) mempunyai pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang seni reka dan/atau seni lukis.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B41: RM2,095.00); atau

(ii) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang seni kreatif, seni bina dalaman, seni lukis atau seni reka yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B41: RM2,302.30).


3. Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:
   
Calon hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


4. Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL):

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Jurufotografi Gred B29/30, B31/32, B37/38 atau B39/40 adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pereka Gred B41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:  

(a) mempunyai kelayakan di perenggan 1(e); dan  

(b) had umur pelantikan:  

(i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau  

(ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau  

(iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.


Syarat Ujian Khas:

Calon lantikan adalah dikehendaki lulus Ujian Khas bagi menentukan kesesuaian mutu dan tahap bakat, kebolehan dan daya kreativiti dalam bidang seni reka dan/atau seni lukis sebelum lantikan seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan.
 
 
Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab menyediakan reka bentuk dan lay-out grafik, bahan-bahan pameran, fotografi, percetakan dan termasuk pengurusan bahan serta peralatan yang berkaitan.


Semua kekosongan jawatan adalah di Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM). Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-


Tarikh Tutup Permohonan : 07 Disember 2020 (Isnin) jam 11:59 malam

Post a Comment