Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Badan Kawal Selia Air Johor (BAKAJ) - 15 Disember 2020

Post a Comment
Jawatan Kosong 2020 di Badan Kawal Selia Air Johor (BAKAJ) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Badan Kawal Selia Air Johor (BAKAJ)

Jawatan Kosong 2020 di Badan Kawal Selia Air Johor (BAKAJ)

Objektif
  • Mengubah persepsi dan amali orang ramai yang complaisant kepada sikap peduli dan menyayangi alam sekitar.
  • Untuk menambahkan hasil Negeri Johor melalui pelesenan air mentah dan pengurusan sumber air yang berkesan.
  • Mewujudkan kesedaran yang tinggi di kalangan seluruh masyarakat keseluruhan mengenai kepentingan alam sekitar.
  • Membantu Negeri Johor menjadi tempat yang terbaik untuk berkarya, bekerjaya dan bermastautin.

Strategi
  • Menguruskan proses perubahan dengan sebaik mungkin bagi mengurangkan perintangan untuk mencapai objektif jabatan.
  • Membina kapasiti organisasi dengan mempunyai satu pasukan staf yang bertaraf dunia.
  • Menggunakan teknologi terkini untuk memantau seluruh kawasan tadahan dengan berkesan.
  • Mempertingkatkan kecekapan penggunaan air mentah dengan mendatangkan hasil yang tinggi kepada Negeri Johor.
  • Memperkukuhkan latihan dan latihan semula semua   stake holder ke arah mempraktikkan prinsip-prinsip pengurusan sumber air.

Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:

1. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN / OPERASI) N19

2. PEMBANTU PENGUAT KUASA KP19

3. PEMBANTU AWAM H11



Syarat-Syarat Kelayakan Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) N19

Gred Gaji:

Gaji Minimum : RM 1,352.00
Gaji Maksimum : RM 4,003.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM 100.00


Syarat Lantikan:

1. Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

(a) Warganegara Malaysia

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19 : RM 1,352.00) : atau

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19 : RM1,408.40)

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19 : RM1464.80)

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasinal Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

3. Pegawai boleh dikehendaki mengikuti latihan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan / Ketua Perkhidmatan yang berkenaan.

4. Pergerakan Gaji Tahunan adalah tidak automatik dan akan ditetapkan oleh Ketua Jabatan / Ketua Perkhidmatan berdasarkan prestasi perkhidmatan.

5. Penaklukan Di Bawah Syarat - Syarat Skim Perkhidmatan:

Pegawai – pegawai yang memasuki skim perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan – pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.


6. Deskripsi Tugas:

(i) Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Pelaksana yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk tetapi tidak terhad kepada tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan / komunikasi).



Syarat-Syarat Kelayakan Pembantu Penguat Kuasa KP19

Gred Gaji:

Gaji Minimum : RM 1,360.00
Gaji Maksimum : RM 4,052.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM 100.00


Syarat Lantikan:

1. Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

(a) Warganegara Malaysia

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan: dan

(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan; (Gaji Permulaan ialah pada KP19 : RM1,360.00)

(ii) Bekas anggota polis atau tentera yang sekurangkurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan; (Gaji Permulaan ialah pada KP19 : RM1,360.00) ; atau

(d) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji Permulaan ialah pada KP19 : RM1,416.40) ; atau

(e) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji Permulaan ialah pada KP19 : RM1,472.80) ;

(f) Calon bagi lantikan dengan kelayakan (c)(i), (d) atau (e) hendaklah kepujian Kepujian sekurang-kurangnya Gred C dalam Subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

2. Syarat Lantikan Tambahan:

Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut :-

(i) Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;

(ii) Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;

(iii) Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;

(iv) Mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);

(v) Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;

(vi) Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan

(vii) Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.

3. Pergerakan Gaji Tahunan adalah tidak automatik dan akan ditetapkan oleh Ketua Jabatan / Ketua Perkhidmatan berdasarkan prestasi perkhidmatan.


4. Penaklukan Di Bawah Syarat - Syarat Skim Perkhidmatan:

Pegawai – pegawai yang memasuki skim perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan – pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.


5. Deskripsi Tugas:

(i) Membantu dalam menjalankan Operasi Penguatkuasaan;

(ii) Menyediakan statistik penguatkuasaan;

(iii) Menyediakan rekod operasi penguatkuasaan dan pendakwaan serta terlibat dengan saksi kes-kes pendakwaan/ kompaun dan tugas lain yang berkaitan.



Syarat-Syarat Kelayakan Pembantu Awam H11

Gred Gaji:

Gaji Minimum : RM 1,218.00
Gaji Maksimum : RM 2,939.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM 95.00


Syarat Lantikan:

1. Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

(a) Warganegara Malaysia

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan: dan

(c) Pentaksiran Tingkatan Tiga Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; Gaji Permulaan ialah pada H11 : RM1,218.00 atau

(d) Syarat Tambahan : Bagi tugas menyelamat, calon perlu memiliki Sijil Pertolongan Cemas serta berkebolehan berenang dan bagi tugas memandu enjin sangkut/motobot, calon perlu memiliki perakuan kekompetenan berkaitan daripada Jabatan Laut Malaysia. Gaji Permulaan ialah pada H11 : RM1,264.15 ; atau

(e) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


2. Penaklukan Di Bawah Syarat - Syarat Skim Perkhidmatan:

Pegawai – pegawai yang memasuki skim perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan – pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.


3. Deskripsi Tugas:

(i) Membantu Penolong Jurutera melaksanakan pemeriksaan keselamatan empangan, penyelenggaraan dan pembaikan ke atas semua alat kelengkapan empangan;

(ii) Membantu Penolong Jurutera melaksanakan pemantauan struktur empangan, menara intake, rumah pam, kolam takungan empangan dan kawasan tadahan air empangan;

(iii) Melaksanakan kerja-kerja mencatat dan merekodkan bacaan tolok hujan setiap hari;

(iv) Menyediakan laporan harian / bulanan / tahunan kepada Penolong Jurutera berkaitan operasi empangan;

(v) Membantu Penolong Jurutera melaksanakan kerja-kerja kawalan, pengujian, penyelenggaraan berkala peralatan mekanikal, merancang dan menyusun aktiviti bagi mengawal selia sistem mekanikal serta menjalankan tugas-tugas yang berkaitan;

(vi) Memantau kerja-kerja pembersihan kawasan empangan, ruang pejabat, menara intake dan rumah pam.


4. Cara Membuat Permohonan:

(a) Permohonan hendaklah dengan menggunakan Borang BAKAJ.01 yang boleh dimuat turun melalui Laman Sesawang www.johor.gov.my dan boleh diperolehi daripada pejabat ini dengan cara datang sendiri pada waktu pejabat atau muatturun melalui link yang admin sediakan di bawah.

(b) Borang-borang yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran passport dan dokumen-dokumen seperti berikut :-

(i) Sijil Kelahiran
(ii) Kad Pengenalan
(iii) Sejil Berhenti sekolah
(iv) Lain-lain sijil / Diploma / Ijazah / surat akuan berkaitan.

Semua salinan dokumen tersebut hendaklah diakui salinan sah oleh Pegawai Kerajaan atau Badan Berkanun kumpulan A dan B / Penghulu, Pegawai dalam Perkhidmatan Perundangan dan Kehakiman seperti Majistret / Peguam. Setiap pengesahan hendaklah dicop Nama, Jawatan dan Jabatan oleh pihak yang mengesahkan.

(c) Permohonan daripada kakitangan yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan, Badan-Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masingmasing mengikut peruntukan Perintah Am Bab A Bil. 21 dengan menyertakan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini berserta Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini.

(d) Borang permohonan yang lengkap dipenuhi hendaklah dihantar ke alamat :-

PENGARAH,
BADAN KAWALSELIA AIR JOHOR (BAKAJ)
ARAS 4, BANGUNAN DATO’ MOHAMAD IBRAHIM MUNSYI,
79630 KOTA ISKANDAR, ISKANDAR PUTERI,
JOHOR DARUL TA’ZIM.


5. Catatan Am

i. Sila nyatakan Jawatan yang dipohon disebelah kiri atas sampul surat permohon.

ii. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga

iii. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA

iv. Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah tanggungjawab sendiri.


* Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah.


Tarikh Tutup Permohonan : 15 Disember 2020 (Selasa)


Post a Comment