Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) - 28 Disember 2020

Post a Comment
Jawatan Kosong 2020 di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Jawatan Kosong 2020 di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Penubuhan

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) adalah salah satu agensi utama di bawah Kementerian Kewangan yang bertanggungjawab memungut dan mentadbir cukai langsung negara.

LHDNM ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 1995 untuk memperolehi lebih kuasa terutamanya dalam bidang kewangan dan pengurusan kakitangan bagi meningkatkan kualiti pentadbiran percukaian.

Dahulu dikenali sebagai Jabatan Hasil Dalam Negeri Malaysia (JHDNM), ia diperbadankan pada 1hb Mac 1996 dan dikenali sebagai Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:

1. EKSEKUTIF HASIL KANAN I (TEKNOLOGI MAKLUMAT)

2. EKSEKUTIF HASIL (TEKNOLOGI MAKLUMAT)

3. PENOLONG EKSEKUTIF HASIL (TEKNOLOGI MAKLUMAT)


Syarat Kelayakan Eksekutif Hasil Kanan I:

Memiliki Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang Sains Komputer atau Teknologi Maklumat atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan dari institusi-institusi pengajian
tinggi tempatan atau luar negara atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan

Memiliki pengalaman sekurang-kurangnya 5 tahun dalam bidang Pengurusan Teknologi Maklumat.

Syarat Kelayakan Eksekutif Hasil:

Memiliki Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang Sains Komputer atau Teknologi Maklumat atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan dari institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan

Memiliki pengalaman sekurang-kurangnya 3 tahun dalam pembangunan sistem.

Syarat Kelayakan Penolong Eksekutif Hasil:
 
Memiliki Diploma dalam bidang Sains Komputer atau Teknologi Maklumat yang yang diiktiraf oleh kerajaan dari institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.


Kelayakan Tambahan Yang Diperlukan

  • Semua pemohon mestilah Warganegara Malaysia berumur dalam lingkungan tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan.

  • Kepujian dalam subjek Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan), Matematik dan Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

  • Permohonan hanya dibuka untuk calon luar dan kontrak bergaji harian yang sedang berkhidmat di LHDNM sahaja.

  • Jawatan 1 & 2: Memiliki Purata Nilai Gred Terkumpul (CGPA) sekurangkurangnya 2.70 dan ke atas bagi Ijazah Sarjana Muda yang berkenaan.

  • Jawatan 3: Memiliki Purata Nilai Gred Terkumpul (CGPA) sekurangkurangnya 2.70 dan ke atas bagi Diploma berkenaan.


Bidang & Skop Tugas Jawatan 1:
  • Mengurus, menyediakan perancangan dan pelan pelaksanaan projek, keperluan sumber (teknikal dan manusia) serta kos projek;

  • Menyediakan pelan pelaksanaan perubahan dalam Projek Kejuruteraan Semula dan Transformasi Hasil;

  • Mengenalpasti risiko berkaitan transformasi digital dan pembangunan sistem, projek pembersihan data, projek migrasi data, projek intergrasi dan menyediakan dokumentasi berkaitan; dan

  • Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan.

Bidang & Skop Tugas Jawatan 2:
  • Melaksanakan kajian kemungkinan dan analisis keperluan pengguna sistem termasuk pembangunan sistem yang lebih kompleks. Bertanggungjawab untuk membangun, penyelenggaraan, penambahbaikan dalam projek pembersihan dan migrasi data serta projek intergrasi sistem;

  • Mengenalpasti, menyesuai dan menyelenggara prosidur dan polisi keselamatan ICT organisasi serta menyedia dan melaksana khidmat sokongan teknikal keselamatan ICT kepada pengguna;

  • Bertanggungjawab dalam menyelaras kerja-kerja migrasi data, reka bentuk pangkalan data, data model dan integrasi serta bertanggungjawab dalam menyelaras kerja-kerja konfigurasi infrastruktur Cloud, Hyper-converged, Exadata, teknologi Container dan pengurusan backup & recovery; dan

  • Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan.

Bidang & Skop Tugas Jawatan 3: 
  • Membantu melaksanakan kajian kemungkinan dan analisis keperluan pengguna serta membantu menyediakan sebarang reka bentuk sistem mengikut hasil analisis;

  • Membantu membangunkan sistem menggunakan perisian yang disediakan serta membantu menjalankan pengujian, latihan dan pelaksanaan produksi sistem; dan

  • Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan.


Gaji Permulaan & Penempatan Jawatan 1
Gaji Permulaan : RM 9,042.00
Penempatan : Jabatan Teknologi Maklumat

Gaji Permulaan & Penempatan Jawatan 2
Gaji Permulaan : RM 2,977.00
Penempatan : Jabatan Teknologi Maklumat

Gaji Permulaan & Penempatan Jawatan 3
Gaji Permulaan : RM 2,198.00
Penempatan : Jabatan Teknologi Maklumat


Maklumat Temu Duga:

Nama calon yang berjaya dipanggil menghadiri temu duga akan dimaklumkan di Portal Rasmi LHDNM www.hasil.gov.my (ruangan “Kerjaya”). Keputusan adalah muktamad.

Calon yang tidak dihubungi dalam tempoh 45 hari daripad tarikh tutup iklan, adalah dianggap tidak berjaya.

Pemohon dinasihatkan sentiasa menyemak Portal Rasmi LHDNM untuk sebarang perkembangan terkini berhubung tawaran jawatan ini.

Sekiranya memerlukan penjelasan lanjut, sila emelkan pertanyaan ke alamat: kerjaya@hasil.gov.my


Cara Memohon:

Calon hanya dibenarkan untuk memohon satu jawatan yang diiklankan sahaja. Permohonan tidak perlu dicetak / dipos ke LHDNM.

Permohonan daripada calon luar dan pegawai LHDNM bertaraf kontrak bergaji harian hendaklah dibuat melalui sistem yang boleh dicapai melalui URL: https://career.hasil.gov.my/ (pautan link admin ada sediakan di bawah)

Pemohon hendaklah memastikan semua maklumat adalah tepat dan terkini sebelum permohonan dibuat.


* Sila baca terlebih dahulu maklumat iklan melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.


Tarikh Tutup Permohonan : 28 Disember 2020 (Isnin)

Post a Comment