Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Perbadanan Labuan - 8 Januari 2021

Post a Comment
Jawatan Kosong 2020 di Perbadanan Labuan | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Perbadanan Labuan

Jawatan Kosong 2019 di Perbadanan Labuan

Latar Belakang

Labuan telah diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan Labuan pada tahun 1984. Pada tahun 1990 Wilayah Persekutuan Labuan diisytiharkan sebagai IOFC (International Offshore Financial Centre)

1942
Tentera Jepun telah menceroboh Pulau Labuan dan menguasainya. Labuan telah diberi nama baru sebagai Pulau Maida.

1945
Jeneral Masao Baba menandatangani surat perjanjian menyerah kalah di Pantai Layang-Layangan di hadapan Jeneral Mejar George F. Wootten, Komander Tentera Divisyen ke-9 Australia.

1947
Lembaga Bandaran ditubuhkan untuk mentadbir Labuan.

16 April 1984
Labuan diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan Labuan.

1 Oktober 1990
Labuan diisytihar sebagai Pusat Kewangan Luar Pesisir Antarabangsa (IOFC).
Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:

1. PEMANDU KENDERAAN H11

2. PEMBANTU AWAM H11

3. PEMBANTU TADBIR N19


Syarat Kelayakan Pemandu Kenderaan H11

2.1 Warganegara Malaysia, berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

2.2 Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a) Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau berkelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan:

b) Memiliki lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)];

c) Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan bermotor berkenaan yang dilitupi oleh skim perkhidmatan ini. Gaji permulaan Gred H11 ditetapkan mengikut Kelas Lesen Memandu.

- Lesen D RM1,264.15
- Lesen E/E1/E2 RM1,310.30
- Lesen F/H RM1,356.45
- Lesen G/I RM1,402.60
 
d) Keutamaan adalah kepada pemegang Lesen E dan mempunyai GDL.

e) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/ Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

f) Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik.

Deskripsi Tugas
 
Bertanggungjawab melaksanakan skop tugas pemanduan kenderaan yang memerlukan lesen daripada Jabatan Pengangkutan Jalan serta menjaga kenderaan/jentera di bawah kelolaannya supaya sentiasa berada dalam keadaan bersih dan selamat untuk setiap perjalanan. Antara kenderaan/jentera yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini ialah kereta, van, kenderaan ringan pacuan empat roda, bas, lori, dumper, roller dan traktor pertanian.



Syarat Kelayakan Pembantu Awam H11

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. ( Gaji permulaan ialah pada Gred H11: RM1,218.00 ) (Syarat Tambahan : Bagi tugas menyelamat, calon perlu memiliki Sijil Pertolongan Cemas serta berkebolehan berenang dan bagi tugas memandu enjin sangkut/motorbot, calon perlu memiliki perakuan berkompetenan berkaitan
daripada Jabatan Laut Malaysia. ( Gaji permulaan ialan Gred H11 : RM 1,264.15 )

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/ Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

Deskripsi Tugas

Menjalankan tugas-tugas am bersifat hand-ons yang memerlukan keupayaan fizikal di dalam dan luar bangunan pejabat dan tugas-tugas berkaitan sokongan teknikal ke atas peralatan dan ruang kerja



Syarat Kelayakan Pembantu Tadbir N19

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a) Warganegara Malaysia;

b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

c) Memiliki:
(i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19 : RM 1,352.00 );atau

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. ( Gaji permulaan ialah pada Gred N19 : RM 1,408.40 ); atau

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19 : RM 1,464.80).

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat-syarat Peningkatan Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Bentara Parlimen, Pemandu Kenderaan, Penghantar Notis dan Pembantu Operasi adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pembantu Tadbir (P/O) Gred N19, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

(a) i. Mempunyai kelayakan di perenggan 1(c); dan

ii. Lulus Peperiksaan Badan Ikhtisas Bahagian I dan II anjuran Lembaga Arkitek Malaysia/Persatuan Arkitek Malaysia atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan

(b) had umur perlantikan:

i. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

ii. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

iii. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun; atau

Deskripsi Tugas 

Menjalankan tugas-tugas perkeranian selaras dengan fungsi tugas Jabatan/Bahagian yang berkenaan seperti tugas-tugas penyelenggaran fail/dokumen, pengiraan, penyediaan laporan bulanan, statistik serta penyediaan.



Cara Membuat Permohonan:

a) Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan yang boleh didapati dengan datang sendiri ke Jabatan Pengurusan Sumber Manusia, Wisma Perbadanan Labuan, W. P. Labuan. Maklumat jawatan kosong serta Borang Permohonan Jawatan juga boleh didapati melalui Laman Web: www.pl.gov.my atau boleh muatturun melalui pautan link yang admin sediakan di bawah.

b) Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah disertakan dengan sekeping gambar, salinan kad pengenalan, sijil lahir pemohon, ibu dan bapa pemohon, sijil-sijil persekolahan, sijil berhenti sekolah, sijil kegiatan luar, kelulusan akademik dan dokumen-dokumen lain yang telah diakui sah dari salinan asal;

c) Pemohon hendaklah bebas daripada apa-apa rekod jenayah, tidak menggunakan atau mengambil apa-apa dadah berbahaya serta tiada masalah penyakit kronik yang boleh menjejaskan prestasi kerja.

d) Permohonan yang lewat, tidak lengkap seperti yang dinyatakan di para (b) dan (c) di atas atau tidak mengikut syarat-syarat tersebut akan ditolak;

e) Pihak Perbadanan Labuan tidak akan bertanggungjawab atau menanggung segala perbelanjaan berkaitan dengan temu duga dan penghantaran borang permohonan jawatan.


Permohonan hendaklah sampai kepada :

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
PERBADANAN LABUAN
JALAN DEWAN
PETI SURAT 81245
87022 WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
(U.P: JABATAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA)


Catatan:

1. Hanya calon yang layak selepas tapisan dan melepasi saringan kesihatan akan dipanggil temu duga.

2. Sekiranya pemohon yang tidak menerima panggilan untuk sesi temuduga selepas tiga (3) bulan daripada tarikh iklan ditutup, permohonan mereka adalah tidak berjaya.

3. Sekiranya pemohon yang dijemput hadir temuduga tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan daripada tarikh temuduga diadakan, permohonan mereka adalah tidak berjaya.


Tarikh Tutup Permohonan : 08 Januari 2021 (Jumaat)


* Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.


Klik Untuk Baca Iklan Lengkap 1

Klik Untuk Baca Iklan Lengkap 2

Klik Untuk Baca Iklan Lengkap 3


Klik Untuk Muatturun Borang Permohonan Jawatan 1



Post a Comment