Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) - 14 Disember 2020

Post a Comment
Jawatan Kosong 2020 di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

Jawatan Kosong 2020 di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

Latar Belakang

Universiti Malaysia Sarawak merupakan salah sebuah universiti baharu yang terdapat di Malaysia. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) merupakan universiti kelapan yang ditubuhkan di Malaysia dan merupakan yang pertama dicetuskan di bawah Wawasan 2020. Ia ditubuhkan secara rasminya pada 24 Disember 1992. Pada 1994, UNIMAS telah berpindah ke kampus sementaranya di Kota Samarahan, Sarawak.

Kini, UNIMAS mempunyai 8 fakulti, 3 institut dan 7 pusat. UNIMAS telah melaksanakan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) yang menepati standard ISO/IEC 27001:2005 dan MS ISO/IEC 27001:2007. Skop pensijilan meliputi Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat bagi Pengurusan Pusat Data UNIMAS yang merangkumi perkakasan, perisian sistem, pangkalan data dan sistem operasi untuk aplikasi kritikal universiti.

Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:

1. PENGAWAL KESELAMATAN KP11 - 5 Kekosongan


Gred Gaji:

Gaji Minimum : RM 1,205.00
Gaji Maksimum : RM 2,939.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM 80.00


Penempatan:

Pusat Pembelajaran Bersepadu
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
Universiti Malaysia Sarawak
96000 Sibu, Sarawak
(Keutamaan akan diberikan kepada calon yang berada/bermastautin di Sibu)


Syarat-syarat Kewarganegaraan Dan Umur

Pemohon hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia dan hendaklah berumur tidak kurang daripada lapan belas (18) tahun pada tarikh iklan ditutup.


Syarat-syarat Lantikan

a. (i) Pemohon perlu mempunyai Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. atau

(ii) Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel Polis Sokongan atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik. dan

b. Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:

(i) Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;

(ii) Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;

(iii) Mempunyai Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;

(iv) Mempunyai sekurang-kurangnya 79cm ukuran dada yang biasa dan 84cm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);

(v) Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;

(vi) Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan

(vii) Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar

c. Calon bagi lantikan dengan kelayakan di perenggan a (i) hendaklah memiliki Kepujian (sekurangkurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Permohonan:

A. Prosedur Permohonan

Pemohon hendaklah memohon melalui borang permohonan jawatan secara atas talian (eRecruitUNIMAS) yang boleh dicapai melalui pautan berikut: https://ehcm.unimas.my/eRecruitUNIMAS atau melalui link yang admin sediakan di bawah.

Pemohon perlu memuatnaik semua sijil-sijil berkaitan mengikut keperluan eRecruitUNIMAS seperti
berikut:

(a) Kad Pengenalan

(b) Sijil Kelahiran

(c) Sijil-sijil akademik yang berkenaan beserta transkrip
i. PMR/SRP/setaraf;
ii. SPM/setaraf;
iii. STPM/Diploma;
iv. Ijazah Sarjana Muda; dan
v. Ijazah Sarjana

(d) Sijil-sijil atau dokumen lain yang berkaitan.
Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.

B. Tempoh Permohonan

Permohonan ini dibuka mulai 8 Disember 2020 hingga 14 Disember 2020.

Keterangan Am:

A. Makluman Ujian Khas/Tapisan Memasuki Perkhidmatan dan/atau Temuduga

Pemohon yang telah disenarai pendek akan dipanggil untuk menjalani ujian/proses tapisan yang akan ditetapkan oleh UNIMAS (jika perlu) sebelum dipanggil ke sesi temuduga.

Pemohon tidak perlu menghantar sebarang dokumen sehingga dipanggil untuk menghadiri ujian tapisan/temuduga (disenarai pendek).

B. Makluman lain

Pemohon yang tidak menerima sebarang maklumbalas selepas tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup
hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, hubungi kami di talian 082-58 1139/ 1100/ 2337 atau emel ke hcms@unimas.my.


* Sila baca maklumat lengkap sebelum membuat permohonan melalui link di bawah.


Tarikh Tutup Permohonan : 14 Disember 2020 

Post a Comment