Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) - 25 Disember 2020

Post a Comment
Jawatan Kosong 2020 di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

Jawatan Kosong 2019 di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

Sejarah

Sejarah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia bermula pada 16 September 1993 dengan penubuhan Pusat Latihan Staf Politeknik (PLSP), yang bertujuan melahirkan dan melatih tenaga pengajar yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam pelbagai bidang kejuruteraan untuk sistem politeknik di negara ini. Penubuhan ini mencatatkan satu lembaran baru dalam perkembangan pendidikan negara. Pusat ini dikendalikan oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia melalui memorandum persefahaman yang telah ditandatangani bersama pada 28 Jun 1993

Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:

1. PENSYARAH UNIVERSITI DS45 / DS51/ DS53

2. FELO INDUTRI DS45/ DS51/ DS53/ VK7


1. Syarat Kewarganegaraan Dan Umur (Pada Tarikh Tutup Iklan)

Pemohon hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia dan calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan tidak melebihi 54 tahun pada tarikh lantikan.


2. Cara Memohon
 
Calon yang mempunyai kelayakan seperti yang dinyatakan di atas adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan bersama dokumen berkaitan seperti di bawah :-

i. Borang Permohonan (muat turun di melalui link yang admin sediakan di bawah)

ii. Resume ringkas; (bergambar)

iii. Salinan Sijil Kewarganegaraan atau bukti yang mengesahkan Kerakyatan Malaysia;

iv. Salinan Sijil SPM;

v. Salinan Sijil yang membuktikan kelulusan Bahasa Melayu setaraf kelulusan Peperiksaan Akhir (jika berkenaan)

vi. Salinan Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana, Ijazah Kedoktoran dan Surat Pengesahan Kelulusan Peperiksaan Akhir bagi setiap ijazah dari pusat pengajian tinggi;

vii. Salinan keputusan MUET/IELTS/TOEFLSurat Pelepasan Biasiswa selain daripada Pememgan Biasiswa Persekutuan; (jika berkenaan)

viii. Sijil-sijil lain yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon;

ix. Sijil kegiatan luar;

x. Sijil Pendaftaran Calon Kurang Upaya/ Surat Pengesahan penerima bantuan Jabatan Kebajikan;

xi. Ringkasan Kenyataan Perkhidmatan, Laporan Penilaian Prestasi Terkini, Surat Perakuan Ketua Jabatan, dan Slip Gaji Terakhir untuk pegawai sedang berkhidmat di dalam Perkhidmatan Awam sahaja;

xii. Satu (1) keping gambar berukuran pasport;

xiii. Borang dan dokumen yang telah lengkap hendaklah diimbas dan email ke recruitment@uthm.edu.my
   

3. Keterangan Am

Hanya calon yang berjaya di senarai pendek sahaja akan dihubungi bagi tujuan temu duga. Proses pemilihan dan saringan adalah dilaksanakan di peringkat fakulti.

TEMPOH SAHLAKU permohonan adalah selama enam (6) bulan dari tarikh tutup permohonan yang telah ditetapkan.

Sebarang pertanyaan berhubung permohonan jawatan Pensyarah Universiti sila kemukakan e-mel kepada recruitment@uthm.edu.my dan sertakan bersama Nama Penuh, No. Kad Pengenalan, Jawatan dipohon dan Fakulti dipohon.

UNIT PERANCANGAN DAN PELANTIKAN STAF,
ARAS 2, PEJABAT PENDAFTAR,
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA,
86400, PARIT RAJA,
BATU PAHAT, JOHOR.


*Sila baca  iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 25 Disember 2020




Post a Comment