Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong Kerajaan di Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) - 20 Disember 2020 [75 Kekosongan]

Post a Comment
Jawatan Kosong Kerajaan 2020 di Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)

Jawatan Kosong Kerajaan 2019 di Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)

Ringkasan Sejarah

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) ialah agensi pertahanan awam di Malaysia yang terletak di bawah kawalan Jabatan Perdana Menteri. Dahulu dikenali sebagai JPA3 atau Rescue 991, kemudian dikenali sebagai JPAM(terkini APM).

Di atas kesedaran itu maka dalam tahun 1951 Ordinan Pertahanan Awam telah diluluskan dan dalam tahun 1952 sebuah Jabatan telah ditubuhkan bagi melaksanakan maksud ordinan tersebut. Jabatan tersebut telah diberi nama Jabatan Pertahanan Awam Malaysia. Apabila negara mencapai kemerdekaan dalam tahun 1957, tanggungjawab Pertahanan Awam terletak di bawah bidangkuasa Kerajaan Persekutuan sebagaimana yang termaktub di dalam Jadual ke sembilan (9) Perlembagaan Malaysia. Berikutan daripada itu maka dalam tahun 1958 Pertahanan Awam menjadi sebagai salah satu unsur tetap Sistem Pertahanan Negara. Dalam tahun 1979, Ordinan Pertahanan Awam (1951) telah dipinda dengan menambah tanggungjawab memberi Khidmat Bantuan Bencana semasa aman sehinggalah ke hari ini.

Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
\Jawatan:

KELULUSAN MINIMUM: SPM/SVM

1. PEMBANTU PERTAHANAN AWAM GRED KP19 - 
75 Kekosongan


Syarat Kelayakan Pembantu Pertahanan Awam Gred KP19:

(i) Memiliki dua (2) subjek Kepujian (termasuk subjek Bahasa Melayu) dan empat (4) subjek Lulus pada peringkat SPM;atau

(ii) Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan;atau

(iii) Memiliki dua (2) subjek Kepujian (termasuk subjek Bahasa Melayu) dan empat (4) subjek Lulus pada peringkat SPM serta SKM Tahap 2 atau Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;dan

(iv) Memenuhi syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang dinyatakan dalam skim perkhidmatan.


Semua kekosongan jawatan adalah di Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-


Tarikh Tutup Permohonan : 20 Disember 2020 (Ahad) jam 11:59 malam

Post a Comment