Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Kolej Komuniti Kuching Sarawak - 17 Februari 2021

Post a Comment
Jawatan Kosong 2021 di Kolej Komuniti Kuching Sarawak | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Kolej Komuniti Kuching Sarawak


Latar Belakang

Kolej Komuniti Kuching ialah Kolej Komuniti yang pertama ditubuhkan di Sarawak dan ia merupakan salah sebuah daripada 10 buah Kolej Komuniti perintis Kementerian Pendidikan Malaysia yang ditubuhkan pada 1 Jun 2001. Kampus induknya kini adalah di Jalan Sultan Tengah di kawasan Parlimen P.168 Petra Jaya dan jaraknya 10 km dari pusat Bandaraya Kuching. Kolej ini mula beroperasi di Sekolah Menengah Teknik Sejingkat, Kuching, dengan lapan orang staf perintis. Sejumlah 26 orang pelajar telah berdaftar sebagai kumpulan pertama untuk mengikuti Kursus Sijil Automotif dan Kursus Sijil Rekaan Fesyen dan Membuat Pakaian pada 12 Jun 2001. Hingga Sesi Julai 2006 terdapat 300 orang pelajar mendaftar sepenuh masa di Kolej Komuniti Kuching. Hingga kini sebanyak 3 kursus telah ditawarkan sepenuhnya iaitu a. Sijil Pelukis Pelan Seni Bina b. Sijil Fesyen dan Pakaian c. Sijil Pelancongan dan Pengembaraan Kolej Komuniti merupakan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Kolej Komuniti Telah ditubuhkan melalui Memorandum No 398/2225/00 yang dikemukakan oleh Menteri Pendidikan kepada Jemaah Menteri pada 5 Julai 2000. Memorandum ini mengandungi konsep penubuhan dan pelaksanaan Kolej Komuniti di setiap kawasan parlimen.
Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:

1. PENSYARAH GRED 29 (Personal MySTEP)



Tarikh Tutup Permohonan : 17 Februari 2021

Post a Comment