Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Tanjong Malim (TDTM) - 10 Mac 2021

Post a Comment
Jawatan Kosong 2021 di Majlis Daerah Tanjong Malim (TDTM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Daerah Tanjong Malim (TDTM)

Jawatan Kosong Terkini 2019 di Majlis Daerah Tanjong Malim (TDTM)

Latar Belakang

1904
Pihak Berkuasa Tempatan ketika ini dikenali sebagai Batang Padang Sanitary Board dan diwartakan dibawah Warta Kerajaan No.1077/1904.

1923
Cawangan baru diwujudkan di bawah kawalan Batang Padang Sanitary Board yang dikenali sebagai Tanjong Malim Sanitary Board (TMSB) bertempat di Jalan Raja Itam ,Tanjong Malim.

1958
TMSB dirombak semula menjadi cawangan-cawangan kecil iaitu Majlis Bandaran Tanjong Malim, Lembaga Bandaran Trolak dan Majlis Tempatan (Slim River,Slim Village,Behrang Stesyen & Behrang Ulu).

1975
Penguasa-penguasa Tempatan yang terdiri dari Tanjong Malim,Trolak, Slim River,Slim Village, Behrang Stesyen dan Behrang Ulu disusun semula oleh Kerajaan Negeri dan setiap satu diberi nama lembaga Pengurusan Kerajaan Tempatan (LPKT).
Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:

1. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN GRED W29/W32


Syarat Lantikan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan ;

(c) (i) Sijil Pengurusan Harta Tanah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf dengannya.
(Gaji permulaan : RM 1,510.92); atau

(ii) Sijil Penilaian Harta Tanah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan : RM 1,510.92); atau

(iii) Diploma dalam bidang pengurusan harta tanah atau pengurusan harta benda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan : RM 1,851.28); atau


Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurangkurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Penetapan Gaji Permulaan:

3. Gaji permulaan yang lebih tinggi daripada gaji minimum Gred W29 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan.


Tempoh Percubaan:

4. Pegawai yang dilantik adalah dikehendaki berkhidmat dalam tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun.


Latihan:

5. Pegawai boleh dikehendaki mengikuti latihan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan.


Program Transformasi Minda/:

6. Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan Peperiksaan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan /N Perkhidmatan yang berkenaan.


Pengesahan Dalam Perkhidmatan:

7. Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:

(a) memenuhi tempoh percubaan;

(b) hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan; dan

(c) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan


Cara memohon:

i. Permohonan jawatan yang ditawarkan hendaklah dipohon secara atas talian (online) melalui sistem permohonan jawatan kosong di https://digital.perak.my/penjawatan/ (link admin ada sediakan di bawah)

ii. Permohonan yang telah lengkap perlu dicetak dan disahkan beserta dengan salinan sijil dan transkrip atau keputusan peperiksaan yang telah diperolehi, kad pengenalan, sijil kelahiran yang telah disahkan dan sekeping gambar berukuran pasport.

iii. Permohonan daripada calon-calon yang sedang berkhidmat dengan kerajaan/Pihak Berkuasa Tempatan / Badan-Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masingmasing mengikut Perintah Am Bab ‘A’ 21. Permohonan yang tidak menurut peraturan dalam borang akan ditolak.

iv. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar kepada:-

Yang Dipertua,
Majlis Daerah Tanjong Malim
Peti Surat 59,
35900 TANJONG MALIM


Catatan Am:

i. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

ii. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ini ditutup hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.


* Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah.


Tarikh Tutup Permohonan : 10 Mac 2021 (Rabu)


Klik Untuk Baca Iklan Lengkap

Klik Untuk Mohon Secara Online

Post a Comment