Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) - 23 Februari 2021

Post a Comment
Jawatan Kosong 2021 di Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP)

Jawatan Kosong 2021 di Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP)

Latar Belakang

Pada tahun 1971 juga LKPP Negeri Pahang telah diamanahkan untuk mengambil alih Rancangan Tanah Pemuda dari Jabatan Pertanian. Sehingga akhir 1972, seluas 6,067.5 hektar ladang yang dibuka ialah di 6 daerah berbanding seluas 2,303.90 hektar pada akhir 1971, dengan jumlah staf telah bertambah kepada kepada 189 orang. Kecuali ladang di Sg Ular, Kuala Lipis seluas 930.78 hektar yang ditanam dengan kelapa sawit, ladang-ladang lain ditanam dengan tanaman getah. Pada tahun 1974, LKPP Negeri Pahang telah berpindah ke bangunan sendiri di Jalan Gambut. Pada tahun ini, keluasan tanah pertanian yang dimajukan adalah berjumlah 31,027 hektar.

Tahun 1978 telah merakamkan beberapa peristiwa penting di dalam perkembangan LKPP Negeri Pahang. Pada tahun ini, satu program yang dikenali sebagai Rancangan Penempatan Semula Keselamatan telah dimulakan oleh LKPP Negeri Pahang bagi mengekang anasir komunis. Selain daripada itu, dua buah syarikat dikendalikan iaitu Semambu Edible Oil Sdn Bhd (melalui pembelian) dan penubuhan Syarikat Ladang LKPP Sdn Bhd. Seterusnya pada 1981 dan 1983, dua buah syarikat lagi dibeli Syarikat Kurnia Setia Berhad dan Far East Holdings Berhad masing-masing. Pada 1984, LKPP Negeri Pahang terus mengorak langkah dengan membeli 5,213,428 unit saham di dalam Austral Enterprise Berhad. Perkembangan terus berlaku sehinggalah pada Oktober 2016, LKPP Negeri Pahang telah bertukar nama kepada Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) dengan jawatan tertinggi yang menerajuinya turut bertukar daripada Pengurus Besar kepada Ketua Pegawai Eksekutif.
Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:

1. PEGAWAI TADBIR (PERAKAUNAN), N41

2. PEGAWAI TADBIR (ICT), N41

3. PENOLONG PEGAWAI TADBIR (ICT), N29

4. PEMBANTU TADBIR (P/O), N19


Syarat Lantikan Pegawai Tadbir (Perakaunan) N41:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) Warganegara Malaysia; (Keutamaan Rakyat Negeri Pahang)

(b) Berumur tidak kurang dari 25 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perakaunan;

(i) Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi–institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,080.00); atau

(ii) Ijazah Sarjana Muda kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N41 : RM2,283.43); dan

(d) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

(e) Mempunyai pengalaman kerja dalam bidang perakaunan sekurang-kurangnya tiga (3) tahun; dan

(f) Ahli berdaftar Chartered Accountant (C.A) atau Registered Accountant (R.A)


Syarat Lantikan Pegawai Tadbir (ICT) N41:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) Warganegara Malaysia; (Keutamaan Rakyat Negeri Pahang)

(b) Berumur tidak kurang dari 25 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Komputer dan Teknologi Maklumat atau Kejuruteraan Komputer;

(i) Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi–institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,080.00); atau

(ii) Ijazah Sarjana Muda kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N41 : RM2,283.43); dan

(d) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan

(e) Mempunyai pengalaman kerja dalam bidang pembangunan sistem aplikasi menggunakan PHP, MySQL, HTML, JavaScript dan AJAX.


Syarat Lantikan Penolong Pegawai Tadbir (ICT) N29:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) Warganegara Malaysia; (Keutamaan Rakyat Negeri Pahang)

(b) Berumur tidak kurang dari 25 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) Memiliki Sijil atau Diploma dalam bidang Teknologi Maklumat, Prosesan Data atau Kejuruteraan Komputer;

(i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau

(ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau

(iii) Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,770.95); dan

(d) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan

(e) Mempunyai pengalaman kerja dalam bidang pembangunan sistem aplikasi menggunakan PHP, MySQL, HTML, JavaScript dan AJAX.


Syarat Lantikan Pembantu Tadbir (P/O) N19:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) Warganegara Malaysia; (Keutamaan Rakyat Negeri Pahang)

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.  (Gaji Permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil
Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19:  RM1,408.40);atau

iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80).


Cara Memohon:

(i) Permohonan boleh dibuat sama ada melalui atas talian di pautan jawatan.pkpp.gov.my atau menggunakan Borang PKPP 1 yang boleh dimuat turun melalui Laman Sesawang : www.pkpp.gov.my. (Semua link admin ada sediakan di bawah)

(ii) Borang permohonan hendaklah lengkap diisi dengan terang.

(iii) Semua borang permohonan hendaklah disertakan dengan gambar berukuran pasport, salinan surat beranak, kad pengenalan, sijil-sijil keputusan peperiksaan dan tamat persekolahan yang telah disahkan daripada salinan asal.

(iv) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan mengikut Perintah Am Bab ‘A’ 21.

(v) Permohonan melalui borang hendaklah dialamatkan seperti berikut:-

Ketua Pegawai Eksekutif
Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang
Jalan Gambut
25990 KUANTAN.

(vi) Permohonan yang lewat dan tidak lengkap tidak akan diterima untuk pertimbangan.


Catatan Am:

Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temu duga.

Sebarang tuntutan perbelanjaan adalah tanggungjawab pemohon sendiri.

Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Syarat-syarat dalam iklan ini tertakluk juga kepada pekeliling-pekeliling perkhidmatan yang digunapakai selepas daripada tarikh ini.


*Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.


Tarikh Tutup Permohonan : 23 Februari 2021 (Selasa)








Post a Comment