Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) - 28 Februari 2021

Post a Comment
Jawatan Kosong 2021 di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

Jawatan Kosong 2020 di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

Latar Belakang

Universiti Malaysia Sarawak merupakan salah sebuah universiti baharu yang terdapat di Malaysia. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) merupakan universiti kelapan yang ditubuhkan di Malaysia dan merupakan yang pertama dicetuskan di bawah Wawasan 2020. Ia ditubuhkan secara rasminya pada 24 Disember 1992. Pada 1994, UNIMAS telah berpindah ke kampus sementaranya di Kota Samarahan, Sarawak.

Kini, UNIMAS mempunyai 8 fakulti, 3 institut dan 7 pusat. UNIMAS telah melaksanakan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) yang menepati standard ISO/IEC 27001:2005 dan MS ISO/IEC 27001:2007. Skop pensijilan meliputi Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat bagi Pengurusan Pusat Data UNIMAS yang merangkumi perkakasan, perisian sistem, pangkalan data dan sistem operasi untuk aplikasi kritikal universiti.
Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:

1. PEGAWAI PEMULIHAN PERUBATAN, GRED U41


Gred Gaji:

Gaji Minimum : RM 2,429.00
Gaji Maksimum : RM 9,656.00
Kenaikan Gaji Tahunan : 225.00


Syarat-syarat Kewarganegaraan Dan Umur

Pemohon hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia dan hendaklah berumur tidak kurang daripada lapan belas (18) tahun pada tarikh iklan ditutup.


Syarat-syarat Lantikan

(i) Pemohon hendaklah memiliki ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang pemulihan perubatan (pertuturan) atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. DAN

(ii) Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia (sekurang-kurangnya Gred C) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.



Permohonan:

A. Prosedur Permohonan

Pemohon hendaklah memohon melalui borang permohonan jawatan secara atas talian (eRecruitUNIMAS) yang boleh dicapai melalui : https://ehcm.unimas.my/eRecruitUNIMAS atau melalui link yang admin sediakan di bawah.

B. Tempoh Permohonan

Permohonan ini dibuka mulai 8 Februari 2021 – 28 Februari 2021


Keterangan Am

A. Makluman Ujian Khas/Tapisan Memasuki Perkhidmatan dan/atau Temuduga

Pemohon yang telah disenarai pendek akan dipanggil untuk menjalani ujian/proses tapisan yang akan
ditetapkan oleh UNIMAS (jika perlu) sebelum dipanggil ke sesi temuduga.

Pemohon tidak perlu menghantar sebarang dokumen sehingga dipanggil untuk menghadiri ujian
tapisan/temuduga (disenarai pendek) tetapi perlu memuatnaik kesemua sijil-sijil berkaitan mengikut
keperluan eRecruitUNIMAS seperti berikut:

(a) Kad Pengenalan;
(b) Sijil Kelahiran;
(c) Sijil-sijil akademik yang berkenaan beserta transkrip;
i. PMR/SRP/setaraf;
ii. SPM/setaraf;
iii. STPM/Setaraf;
iv. Diploma;
v. Ijazah Sarjana Muda;
vi. Ijazah Sarjana; dan
vii. PhD (Doktor Falsafah).
(d) Sijil-sijil atau dokumen lain yang berkaitan.

Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.


B. Makluman lain

Pemohon yang tidak menerima sebarang maklumbalas selepas tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup
hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, hubungi kami di talian 082-58 1139/ 1100/ 2337 atau emel ke hcms@unimas.my.


* Sila baca maklumat lengkap sebelum membuat permohonan melalui link di bawah.


Tarikh Tutup Permohonan : 28 Februari 2021 (Ahad)

Post a Comment