Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak - 31 Mac 2021

Post a Comment
Jawatan Kosong 2021 di Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak

Jawatan Kosong 2021 di Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak

Latar Belakang

TAHUN 1958.
Tuan Haji Yusof Shibli, Mufti Sarawak merangkap Presiden Badan Lembaga Amanah Masjid Besar Kuching telah mewujudkan satu jawatankuasa untuk mengutip derma bagi tujuan memperbaiki masjid.

22 Julai 1960
Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Besar Kuching telah diperbadankan di bawah The Mesjid Besar (Kuching) (Charitable Trust) Order, 1960 dengan nama Mesjid Besar (Kuching) Charitable Trust.

7 Januari 1981
Nama baru bagi masjid adalah Masjid Negeri Sarawak Charitable Trust atau Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak melalui Masjid Negeri (Sarawak) (Charitable Trust) (Amendment) Order, 1981.

2 Oktober 1986
Masjid Negeri (Sarawak) (Charitable Trust) (Amendment) Order, 1981 boleh dikenali sebagai The Masjid Jamik Negeri Sarawak (Charitable Trust) Order 1986.
Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:

1. JURUAUDIT DALAMAN


Syarat Lantikan:
  • Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
  • Mempunyai kemahiran komunikasi dan menulis di semua peringkat dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik. Kebolehan menguasai bahasa lain adalah diberi keutamaan;
  • Berkebolehan mengendalikan komputer di dalam word processing, spreadsheet dan powerpoint serta berpengalaman menggunakan sistem/ aplikasi yang melibatkan perniagaan korporat;
  • Mempunyai sikap positif, kreatif, inovatif dan berkeyakinan tinggi;
  • Boleh bekerja sebagai satu pasukan serta boleh melakukan kerja-kerja di bawah penyeliaan yang minimum;
  • Berkemampuan melakukan pelbagai tugas dalam masa yang ditetapkan dan boleh bekerja tanpa mengira masa;

Kelayakan Akademik:
  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusiinstitusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusiinstitusi pengajian tinggi tempatan serta menjadi Ahli Penuh Badan-Badan
  • Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan; atau 

Kelebihan bagi calon yang telah memiliki sijil lantikan seperti berikut :
  • Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia; atau
  • Ahli Penuh Institut Juruadit Dalaman Malaysia (IIAM); dan
  • Mempunyai pengalaman berkhidmat sebagai Juruaudit sekurang-kurangnya lima (5) tahun.

Deskripsi Tugas:
  • Bertindak sebagai Sekretariat kepada Mesyuarat Jawatankuasa Audit, serta melaksanakan segala tindakan yang perlu diambil dalam penyelenggaraan Mesyuarat Jawatankuasa Audit;
  • Menyediakan Rancangan Tahunan untuk pertimbangan Ahli-ahli LAKMNS dan kelulusan Jawatankuasa Audit;
  • Menjalankan kerja-kerja audit pengurusan, kewangan dan operasi;
  • Menyediakan laporan untuk Jawatankuasa Audit dan Ahli-ahli LAKMNS dalam halhal kewangan, pengurusan, operasi dan lain-lain;
  • Memberi pandangan mengenai kawalan dalaman dan amalan pengurusan serta memberi cadangan-cadangan yang selaras dengan prosedur-prosedur yang telah ditetapkan;
  • Merangka, melaksana dan menambahbaik Piagam Audit Dalaman (Internal Audit Charter);
  • Memastikan tugas-tugas pentadbiran, pengurusan dan kewangan berjalan dengan lancar, dan menepati prosedur atau polisi yang sedia ada;
  • Meneliti dan mengawasi pematuhan kepada pengauditan piawaian dan etika perkhidmatan;
  • Menyelaras tugas Bahagian Audit Dalam dengan Audit Luar;
  • Mencadangkan dan memastikan program audit dan sasaran kerja tahunan dilaksanakan;
  • Tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Cara memohon:

Calon yang berminat dan memenuhi syarat-syarat seperti di atas boleh menghantar surat permohonan, resume yang mengandungi butir-butir peribadi, kelayakan akademik, pengalaman kerja serta salinan sijil yang telah disahkan dan sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan).

Permohonan boleh dibuat dengan menghantar resume ke alamat berikut: (nyatakan jawatan dipohon pada sampul)

GROUP HR LAKMNS
LEMBAGA AMANAH KEBAJIKAN MASJID NEGERI SARAWAK
TINGKAT 8, BAITUL MAKMUR
MEDAN RAYA, PETRA JAYA
93050 KUCHING.

Calon yang disenarai pendek sahaja akan dimaklumkan.

Tarikh Tutup Permohonan : 31 Mac 2021 (Rabu)

Post a Comment