Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG) - 16 Mac 2021

Post a Comment
Jawatan Kosong 2021 di Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di  Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG)

Jawatan Kosong 2021 di Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG)

Latar Belakang

Majlis Daerah Kinta Barat (MDKB) ditubuhkan pada 01 September 1979 di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Pada 26 Mac 2009, MDKB ditukar nama kepada Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG).  Keluasan kawasan pentadbiran MDBG sehingga Disember 2017 berjumlah lebih kurang 67,470 hektar  dengan jumlah penduduk kira-kira seramai 133,422 orang. Pusat Pentadbiran MDBG terletak di Bandar Batu Gajah dan mempunyai 3 buah pejabat cawangan iaitu Pekan Pusing, Pekan Tronoh dan Pekan Tg. Tualang. Ia bertujuan untuk memudahkan urusan pentadbiran disamping melaksanakan kawalan yang lebih komited ke atas segala aspek pembersihan dan pembangunan bandar.

Sebagai sebuah organisasi yang diletakkan di bawah bidangkuasa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), MDBG juga bertanggungjawab di dalam Perancangan dan Pembangunan kawasan pentadbirannya bagi mewujudkan dan melahirkan satu corak kehidupan masyarakat yang sejahtera, berbudaya, dan berilmu demi menuju ke arah alaf  akan datang. Kawasan pentadbiran Majlis Daerah Batu Gajah meliputi lima mukim iaitu Sg. Terap, Belanja, Tg.Tualang, dan sebahagian Sg.Raia dan Hulu Kinta. Kawasan pentadbiran utama ialah di Batu Gajah dimana terletaknya pejabat MDBG di Jalan Hj Abd Wahab, manakala bandar lain pula ialah Tg.Tualang, Pusing, Tronoh, Papan, Sg. Durian, Siputeh dan Sg.Raia.
Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:

1. PEGAWAI TADBIR GRED N41 – KEJURUTERAAN AWAM


Jadual Gaji:

Min. RM2,080.00 Max. RM9,546.00
Kadar Tahunan : RM225.00

Elaun :
Imbuhan Tetap Keraian : RM400.00
Imbuhan Tetap Perumahah : RM300.00
Bantuan Sara Hidup : RM 200.00


Syarat Lantikan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) (i) Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

(ii) Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

(iii) Ijazah Sarjana Muda Perancang Bandar dan Wilayah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

(iv) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam geografi, ekonomi, sains sosial, antropologi atau perangkaan yang diiktiraf oleh Kerajaan serta Ijazah Sarjana atau Diploma Lepasan Ijazah dalam bidang perancangan bandar atau bidang-bidang lain berkaitan yang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

(v) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam serta Ijazah Sarjana Atau Diploma Lepasan Ijazah dalam bidang perancangan bandar atau bidang-bidang lain berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

(vi) Ijazah Sarjana Muda Seni Bina serta Ijazah Sarjana atau Diploma Lepas Ijazah dalam bidang perancangan bandar atau bidang-bidang lain berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.


Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan


Deskripsi Tugas:

Menyelia pengurusan dan pelaksanaan projek bagi skop kerja kejuruteraan awam, mekanikal dan elektrik juga kawalan terhadap permohonan pelan-pelan kejuruteraan saliran dan kerjatanah supaya mematuhi Akta dan Undang-Undang yang digunapakai bagi kawalan pembangunan dan kemudahan awam.


Penaklukan Di Bawah Syarat-syarat Skim Perkhidmatan:

Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat keatasnya dari semasa kesemasa.


Cara Memohon:

i. Permohonan jawatan yang ditawarkan hendaklah dipohon melalui sistem permohonan jawatan kosong di https://digital.perak.my/perjawatan/ (link admin sediakan di bawah)

ii. Semua salinan sijil, transkrip atau keputusan peperiksaan yang dimuat naik perlu diakui sah terlebih dahulu oleh Pegawai Kerajaan dari Kumpulan Pengurusan Dan Profesional atau Penghulu/ Ketua Kampung.

iii. Permohonan daripada calon-calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/ Pihak Berkuasa Tempatan / Badan-badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing berdasarkan Perintah Am Bab ‘A’ 21.


Catatan Am:

a) Hanya permohonan yang ditapis senarai sahaja akan dipanggil temuduga.

b) Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

c) Segala perbelanjaan dan tuntutan bersabit dengan permohonan ini tidak akan ditanggung oleh pihak Majlis Daerah Batu Gajah.


Tarikh Tutup Permohonan : 16 Mac 2021 (Selasa)


Klik Untuk Baca Iklan Lengkap

Klik Untuk Mohon Secara Online

Post a Comment