Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Perbadanan Aset Keretapi (RAC) - 31 Mac 2021

Post a Comment
Jawatan Kosong 2021 di Perbadanan Aset Keretapi (RAC) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Perbadanan Aset Keretapi (RAC)

Jawatan Kosong 2019 di Perbadanan Aset Keretapi (RAC)

Latar Belakang

Perbadanan Aset Keretapi (yang dahulu dikenali dengan akronim PAK) atau RAC merupakan sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Pengangkutan yang ditubuhkan di bawah Akta Keretapi 1991 (Akta 463) melalui Warta Kerajaan No.16, Jilid 36 pada 30 Julai 1992. Perbadanan ini mula beroperasi secara rasminya sebagai sebuah organisasi pada 1 Ogos 1992 serentak dengan pengkorporatan Keretapi Tanah Melayu (KTM) menjadi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). Dalam erti kata lain, RAC diwujudkan sebagai sebuah agensi milik Kerajaan untuk membantu industri perkeretapian negara berkembang maju dan berdaya saing setanding dengan industri perkeretapian di negara-negara maju. Hasrat ini dilaksanakan melalui penggubalan Akta Keretapi 1991 dan pemansuhan Ordinan Keretapi 1948.

Melalui penggubalan akta tersebut, segala aset kereta api yang dahulunya di bawah urus tadbir KTM dan tanah kereta api di bawah Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) adalah terletak hak kepada RAC, manakala operasi perkhidmatan kereta api dikendalikan oleh syarikat pengganti, iaitu KTMB.
Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:

1. JURUUKUR TANAH GRED J41

2 PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29


Syarat Lantikan Juruukur Tanah Gred J41:

Tahap Pendidikan:
Ijazah Sarjana Muda.

Bidang/ Kelayakan:
Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang ukur tanah atau bidang geomatik yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Gaji Permulaan
RM2,529.00

Syarat Bahasa Melayu
Kepujian di peringkat SPM/SVM

Bidang Keutamaan
Ukur Tanah


Syarat Lantikan Tambahan
Mempunyai 1 hingga 3 tahun pengalaman dalam ukur tanah dan pengurusan hartanah.


Deskripsi Tugas:

a) Menyedia dan menyemak maklumat ukuran tanah, sempadan tanah dan data geospatial;

b) Menyelaras dan memberi khidmat nasihat berkaitan kerja-kerja pengukuran tanah, persempadanan jajaran dan proses pewartaan;

c) Menyelia dan memantau kerja-kerja ukur tanah dan pemetaan;

d) Menyelaras proses tender bagi lantikan perunding tanah; dan

e) Menyediakan laporan teknikal ukur tanah bagi kerja-kerja pengukuran.


Syarat Lantikan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29:

Tahap Pendidikan:
Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)

Bidang/ Kelayakan
Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

Gaji Permulaan
RM1,493.00

Atau

Tahap Pendidikan:
Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Bidang/ Kelayakan:
Bidang/ Kelayakan Khusus Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

Gaji Permulaan:
RM1,493.00

Atau

Tahap Pendidikan:
Sijil Matrikulasi KPM

Bidang/ Kelayakan:
Khusus Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Gaji Permulaan:
RM1,493.00

ATAU

Tahap Pendidikan:
Diploma

Bidang/ Kelayakan:
Khusus Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya

Gaji Permulaan:
RM1,770.95

DAN

Syarat Bahasa Melayu:
Kepujian di peringkat SPM/SVM

DAN

Bidang Keutamaan:
Pengurusan Tanah, Pengurusan Pejabat, Pengurusan Aset, Pentadbiran Awam

iii. Syarat Lantikan Tambahan
Mempunyai 1 hingga 2 tahun pengalaman dalam pengurusan hartanah.

iv. Deskripsi Tugas
a) Melaksanakan kerja-kerja pemantauan tanah milik RAC;
b) Melaksanakan kerja-kerja bancian setinggan di atas tanah RAC; dan
c) Melaksanakan aktiviti bersepadu bersama agensi lain bagi operasi penguatkuasaan ke atas tanah RAC



Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui capaian https://apps.rac.gov.my/ejawatan/ (link untuk memohon ada admin sediakan di bawah)


Lokasi Pejabat:

Perbadanan Aset Keretapi, Tingkat 16, IOI City Tower 2, Lebuh IRC, IOI Resort City, 62502 Putrajaya,
Sepang, Selangor


Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, sila hubungi talian 03-8939 0200 atau emel ke hr@rac.gov.my


Catatan Am

i. Calon-calon yang BERJAYA sahaja akan dipanggil untuk temuduga dalam tempoh 6 bulan; dan

ii. Tempoh sah laku permohonan adalah selama 6 bulan dari tarikh tutup iklan.


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 31 Mac 2021 (Rabu)


Klik Untuk Baca Iklan Lengkap

Klik Mohon Secara Online

Post a Comment