Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) - 23 Mac 2021

Post a Comment
Jawatan Kosong 2021 di Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB)

Jawatan Kosong 2019 di Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB)

Latar Belakang

Kampong Bharu dibangunkan sejak 113 tahun lalu, terletak di Seksyen 41, Bandar Kuala Lumpur dengan keluasan keseluruhan 307.34 ekar (124.37 hektar).

Pecahan kategori tanah adalah seperti berikut :

1. Kawasan M.A.S (Malay Agriculture Settlement) seluas 222.76 ekar (89.70 hektar) mengandungi 7 buah kampung tradisi yang diwartakan pada 11 Januari, 1964. Ia merupakan tanah kurnia hakmilik kekal yang dikenakan sekatan kepentingan. Sekatan Kepentingan secara jelas menyatakan tanah tersebut tidak boleh dijual dan/atau tidak boleh diduduki oleh orang Bukan Melayu;
Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:

1. PENOLONG JURUTERA, GRED JA29

2. PERSONEL MYSTEP - PEMBANTU TADBIR (P/O)


Syarat Kelayakan Lantikan & Perkhidmatan Penolong Jurutera, Gred JA29


Jadual Gaji :
Gaji Minimum :RM1,549.00
Gaji Maksimum : RM5,701.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM145.00

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) Mempunyai kelayakan akademik sekurang-kurang seperti berikut:

(i) Sijil dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred JA29 : RM1,549.00); atau

(ii) Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred JA29 :  RM1,935.02)

(d) Hendaklah memiliki Kepujian (sekurang - kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

4. Taraf Jawatan : Lantikan Contract of Service (COS)


Fungsi Bidang Tugas/Senarai/ Deskripsi Tugas:

Tugas Dan Tanggungjawab:

i. Membantu Jurutera dalam merancang, menyelaras, memantau dan melaksana dengan cekap dan berkesan semua dasar dan program pembangunan fizikal Perbadanan;

ii. Membantu Jurutera dalam merancang dan menyelaras projek infrastruktur utiliti;

iii. Membantu Jurutera dalam menyelaras, menyediakan jadual, melawat tapak dan menyediakan laporan Lawatan Tapak/Turun Padang (TUPA) YB Menteri, KSU, KPE, yang berkaitan projek/program di Kampong Bharu;

iv. Membantu Jurutera dalam menyelaras dan menyediakan persiapan bagi sesi pemeriksaan dokumen dan lawatan tapak projek pembangunan KBCorp oleh Pasukan Inspektorat ICU, JPM;

v. Membantu Jurutera dalam menyediakan jadual dan menyelaras pembentangan laporan penilaian outcome oleh agensi;

vi. Membantu Jurutera dalam menyedia laporan kemajuan projekprojek pembangunan di Kampong Bharu;

vii. Membantu Jurutera dalam mengadakan, memantau serta menilai dan melaporkan lawatan tapak projek-projek pembangunan di Kampong Bharu sama ada di bawah Perbadanan mahupun agensi kerajaan, GLC dan swasta;

viii. Menerima dan menjalankan tugas berdasarkan arahan dari masa ke semasa termasuk memberi khidmat sokongan pada program/ aktiviti PKB.



Syarat Kelayakan Lantikan & Perkhidmatan Personel Mystep - Pembantu Tadbir (P/O)

TEMPOH : BULAN (Mulai Mac - Disember. Penyambungan kontrak boleh dipertimbangkan mengikut
peraturan semasa)

Kemudahan Yang Diberikan:

1) Cuti Rehat (12 hari/setahun) - Dikira secara purata (pro rate) 
2) Cuti Sakit (14 hari/setahun) - berdasarkan tempoh kontrak
3)Perlindungan Sosial - Caruman KWSP & PERKESO

Syarat Kelayakan/ Upah Bulan Senarai Tugas Mystep:

1. Pembantu Tadbir (P/O) RM1,600.00 1) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. atau

2) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. atau

3) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

4) Boleh menggunakan perisian Microsoft Office dengan baik.

5) Boleh bekerja di bawah pengawasan yang minimum dan menyiapkan tugasan dalam tempoh yang ditetapkan.


Cara Memohon:

(a) Calon-calon yang berminat bolehlah mengemukakan dokumen dokumen berikut:

(i) Resume;
(ii) Salinan Sijil Kelahiran;
(iii) Salinan Kad Pengenalan;
(iv) Salinan Berhenti Sekolah
(v) Salinan Sijil-sijil Pendidikan yang berkaitan
(vi) Salinan Sijil SPM/ STPM/ Diploma/ ljazah Sarjana Muda yang berkaitan;
(vii) Sekeping gambar terbaru berukuran pasport (tidak dikembalikan); dan
(viii) Salinan sijil-sijil ko-kurikulum.

(b) Setiap salinan Sijil/ Dokumen hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan (Kumpulan Pengurusan/ Profesional)/ Pengetua Sekolah/Wakil Rakyat/ Penghulu/ Ketua Kampung).

(c) Permohonan berikut akan ditolak tanpa diberi sebarang jawapan:
(i) Tidak mengemukakan dokumen yang diperlukan; dan
(ii) Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan.

(d) Pemohon hendaklah menulis nama jawatan yang dipohon pada penjuru kiri atas sampul surat yang dihantar.

(e) Permohonan hendaklah dikemukakan kepada:

Ketua Pegawai Eksekutif
Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu
Aras Bawah, 1 & 2, Rumah ROHAS,
Lot 61, Jalan Raja Abdullah
Kampong Bharu
50300 KUALA LUMPUR.
(u.p : Unit Khidmat Pengurusan)


Catatan Am:

(i) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan dan senarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Sebarang keputusan yang dibuat berkaitan dengan urusan ini adalah muktamad; dan

(ii) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

(iii) Tempoh sahlaku permohonan adalah selama enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan.


Tarikh Tutup Permohonan : 23 Mac 2021 (Selasa)


* Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah.


Klik Untuk Baca Iklan Lengkap

Post a Comment