Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) - 2 Jun 2021

Post a Comment
Jawatan Kosong 2021 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) | Universiti Sains Islam Malaysia sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam yang ditubuhkan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti mempelawa warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan yang berkelayakan untuk mengisi jawatan-jawatan yang berikut:


Sejarah Penubuhan USIM

Gagasan penubuhan sebuah institusi pengajian tinggi Islam sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) adalah usaha kerajaan untuk menampung kekurangan intelek yang menguasai ilmu Islam. Pengumuman awal cadangan penubuhan ini telah  dibuat oleh Menteri Pendidikan ketika itu Yang Berhormat Datuk Seri Najib Tun Razak di Pasir Puteh, Kelantan, pada 14 Jun 1996.

Pengumuman rasmi penubuhan Kolej Universiti Islam Malaysia telah dibuat oleh Yang Berhormat Datuk Seri Najib Tun Razak pada 14 Jun 1997, di Besut, Terengganu, setelah mendapat kelulusan Kabinet pada 11 Jun 1997.
Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:

1. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT FA29

2. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19

3. PEMBANTU KEMAHIRAN (ELEKTRIK) H19

4. PEMBANTU KEMAHIRAN (PAIP) H19

5. PEMBANTU KEMAHIRAN (KAYU) H19

6. PENGAWAL KESELAMATAN KP11

7. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29

8. JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN U29


1. Ringkasan Tugas Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA29
  • Bertanggungjawab membantu Pegawai Teknologi Maklumat dalam membangunkan sistem iaitu membuat pengaturcaraan bagi modul/proses sistem yang diperlukan, menguji sistem-sistem dan program-program yang dibangunkan dan membuat pembetulan (jika perlu), membantu dalam pelaksanaan dan penyelenggaraan sistem,memberi latihan kepada pengguna sistem, membantu di dalam penyediaan dokumentasi sistem yang dibangunkan serta lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.
  • Pengalaman membangunkan sistem menggunakan platform Laravel dan Pangkalan Data EDB Postgress diutamakan
2. Ringkasan Tugas Penolong Pegawai Tadbir N29
  • Bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja yang berkaitan pengurusan kewangan, pengurusan mesyuarat, pemantauan fail dan rekod, membantu pengurusan dan urus tadbir di Jabatan dan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.
3. Ringkasan Tugas Juruteknologi Makmal Perubatan U29 
  • Bertanggungjawab menjalankan pendiagnosan sampel-sampel darah, urin, bendalir badan secara profesional, mengesahkan keputusan ujian, mengeluarkan serta menyediakan laporan ujian yang berkualiti, tepat, cepat boleh dipercayai serta memberi khidmat nasihat memenuhi keperluan dan harapan stakeholders.
4. Ringkasan Tugas Pembantu Kemahiran (Elektrik) H19
  • Bertanggungjawab dalam melaksanakan pemeriksaan, pembaikan dan juga tindakan segera ke atas semua aduan yang diterima daripada sistem atau talian.
  • Membuat pemeriksaan kerja-kerja kontrak penyelenggaraan lampu jalan utama dan lampu kedudukan tinggi bangunan Zon B, di kampus tetap USIM.
  • Membuat pemeriksaan kerja-kerja kontrak penyelenggaraan genset, memantau bekalan elektrik bangunan-bangunan bagi program dalaman USIM dan juga daripada pihak luar.
  • Membuat pemeriksaan ke atas kerja-kerja elektrik bagi skop ubahsuai kecil bangunan, pejabat-pejabat dan sebagainya serta tugastugas lain yang diarahkan daripada semasa ke semasa oleh ketua Unit atau Penyelia. 
5. Ringkasan Tugas Pembantu Kemahiran (Paip) H19
  • Bertanggungjawab dalam tugas-tugas sokongan teknikal di bawah Pusat Perumahan Pelajar iaitu memasang, membaik pulih, menyenggara, mengawasi serta menguji sistem perpaipan dan kumbahan supaya sentiasa dalam keadaan baik dan selamat serta tugas-tugas lain yang diarahkan daripada semasa ke semasa oleh Ketua Jabatan.
6. Ringkasan Tugas Pembantu Kemahiran (Kayu) H19
  • Bertanggungjawab menyelia dan mengawasi Bengkel Seni Bina dalam aspek keselamatan pelajar dan membantu pensyarah dalam pengajaran dan pembelajaran serta mengawal selia peralatan bengkel. 
7. Ringkasan Tugas Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19
  • Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Pelaksana yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi, perkhidmatan kaunter, pengendalian pelaksanaan program dan bimbingan, pengumpulan data serta pengendalian inventori dan alat ujian psikologi.
8. Ringkasan Tugas Pengawal Keselamatan KP11
  • Bertanggungjawab melaksanakan tugas kawalan keselamatan aset kerajaan melibatkan keselamatan fizikal, dokumen dan personel di bangunan dan premis kerajaan termasuk kawasan-kawasan yang diisytiharkan sebagai Kawasan Larangan dan Tempat Larangan di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298).

Panduan Permohonan:

1. Semua permohonan adalah secara online menerusi hebahan iklan di laman web http://www.usim.edu.my mulai 20 Mei 2021 (Khamis) hingga 02 Jun 2021 (Rabu). (admin ada sediakan link untuk membuat permohonan atas talian (online) di bawah)

2. Setiap permohonan yang dihantar akan dikenakan caj permohonan sebanyak RM10.00 melalui sistem mypayment. Panduan permohonan dan maklumat terperinci tentang jawatan di atas serta syarat-syarat kelayakan boleh diperolehi melalui laman web tersebut.

3. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan dianggap gagal.

4. Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi talian 06-7988113/88125/88128.


Tarikh Tutup Permohonan : 02 Jun 2021 (Rabu).

Post a Comment