Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) - 28 Jun 2021

Post a Comment
Jawatan Kosong 2021 di Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)

Jawatan Kosong 2019 di Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)

Latar Belakang

Penubuhan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) bermula daripada arahan Jemaah Menteri pada Julai 1997 yang meminta Kementerian Pertanian, seterusnya Kerajaan Negeri Selangor supaya mengkaji cadangan bagi menubuhkan satu badan untuk menguruskan sungai dan sumber air secara bersepadu dengan mengambil Sungai Selangor sebagai projek perintis dan Sungai “Thames” di United Kingdom sebagai model pelaksana.

Sehubungan dengan itu, penyelarasan peranan dan bidangkuasa antara agensi kerajaan negeri dan persekutuan telah dibuat bagi memastikan tidak wujud sebarang pertindihan fungsi dan tanggungjawab serta melancarkan perjalanan badan ini. Lalu LUAS ditubuhkan melalui kelulusan Dewan Undangan Negeri Selangor yang bersidang pada 9 April 1999. Penubuhan LUAS ini dilengkapi dengan sebuah enakmen iaitu Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999.

LUAS dilancarkan pada 18 September 1999, oleh Menteri Besar Selangor pada ketika itu, YAB Dato’ Seri (Dr) Hj. Abu Hassan Bin Hj. Omar yang juga selaku Pengerusi Lembaga Pengarah LUAS yang pertama. Ir. Hj. Rahmat bin Hj. Mohd Sharif, Timbalan Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor telah dilantik sebagai Pengarah LUAS yang pertama bermula pada 15 September 1999. LUAS mula beroperasi secara rasmi pada 1 Ogos 2000 dengan pengambilan kakitangan ‘nukleus’ seramai 13 orang.
Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:

1. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT (PSH) - 2 Kekosongan



Syarat Lantikan:

(1) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
(c) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
(d) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
(e) Sijil dalam bidang teknologi maklumat, prosesan data atau kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(f) Diploma dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat atau kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(g) keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki lesen memandu Kelas B2/D yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)] serta mempunyai kenderaan sendiri; dan
(h) sihat tubuh badan.


Syarat Khas

(1) Mempunyai kemahiran dan pengalaman dalam pengaturcaraan dan pangkalan data sekurang-kurangnya menggunakan PHP dan MySQL


Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

1) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Tempoh Perkhidmatan

(1) Tempoh perkhidmatan PSH hendaklah tidak melebihi tiga (3) bulan. Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat keperluan perkhidmatan, tempoh berkenaan boleh dilanjutkan oleh Ketua Jabatan sehingga maksimum tiga (3) bulan lagi.


Syarat Permohonan

(1) Permohonan hendaklah menggunakan borang Pindaan. LUAS 2/2007 yang boleh diperolehi di Portal LUAS https://www.luas.gov.my

(2) Semua borang permohonan hendaklah diisi dengan Iengkap dan disertakan salinan dokumen yang berikut (keperluan pengesahan dokumen berkaitan tidak diperlukan):

(a) Salinan Kad Pengenalan.
(b) Salinan Surat Beranak.
(c) Salinan sijil PMR/SPM/SVM *mana-mana yang berkaitan
(d) Salinan Sijil Berhenti Sekolah terakhir
(e) Salinan sijil-sijil kelayakan akademik dan salinan transkrip bagi sijil yang berkenaan.
(f) Gambar berukuran pasport.

(3) Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima serta tidak mengikut peraturan yang telah ditetapkan akan ditolak.

(4) Hanya calon yang ditapis-senarai akan dipanggil untuk temuduga. Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ini ditutup adalah dianggap tidak berjaya.

(5) Pihak Lembaga tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang perbelanjaan calon untuk proses temuduga jika berkaitan.

(6) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat, dan ditulis nama jawatan yang dipohon di sebelah atas kiri sampul surat berkenaan dengan HURUF BESAR. 


Alamat Permohonan Dan Tarikh Tutup Permohonan

PENGARAH,
LEMBAGA URUS AIR SELANGOR,
TINGKAT 13, BANGUNAN DARUL EHSAN, NO. 3, JALAN INDAH, SEKSYEN 14,
40000 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN.
(U/P : UNIT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DAN INTEGRITI)

BORANG PERMOHONAN YANG LENGKAP DIISI HENDAKLAH DIHANTAR DALAM SAMPUL SURAT DAN DILETAKKAN DI DALAM KOTAK YANG DISEDIAKAN DI KAUNTER LG BERIKUTAN BANGUNAN DARUL EHSAN DITUTUP SEMENTARA.


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : Sebelum atau pada jam 12.00 tengah hari 28 Jun 2021 (Isnin)




Jom Join Telegram Khas : Pilih Channel Telegram Mengikut Negeri

Post a Comment