Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Universiti Malaysia Pahang (UMP) - 11 Jun 2021

Post a Comment
Jawatan Kosong 2021 di Universiti Malaysia Pahang (UMP) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Universiti Malaysia Pahang (UMP)

Jawatan Kosong 2019 di Universiti Malaysia Pahang (UMP)

Latar Belakang

Universiti Malaysia Pahang (UMP) bermula dengan Universiti Teknologi Malaysia Kampus Cawangan Pahang (UTM-KCP) yang beroperasi di sebuah kampus yang terletak di Bandar Indera Mahkota, Kuantan sejak tahun 1999. Penubuhan Universiti ini adalah hasil daripada cetusan idea Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak yang mana ketika itu beliau memegang jawatan sebagai Menteri Pendidikan Malaysia.

Bagi menampung jumlah pelajar yang semakin meningkat, KUKTEM telah berpindah ke kampus sementara yang lebih besar dan kondusif di Bandar MEC, Gambang pada 24 April 2003. Kampus yang terletak kira-kira 30 kilometer dari pusat Bandar Kuantan ini mempunyai keluasan 65,000 m² dan terletak di lokasi strategik yang berhampiran dengan Lebuh Raya Pantai Timur, zon perindustrian kimia, petrokimia, pembuatan, automotif dan juga bioteknologi bagi Pahang.
Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Jawatan Akademik:

1. PENSYARAH UNIVERSITI GRED DS45 ;
Tangga Gaji RM3,070.00 (minimum) - RM11,095.00 (maksimum)

2. PENSYARAH UNIVERSITI GRED DS51 ;
Tangga Gaji RM5,855.00 (minimum) - RM12,445.00 (maksimum)

3. PROFESOR MADYA GRED DS53 ;
Tangga Gaji RM6,162.00 (minimum) - RM13,235.00 (maksimum)

4. PROFESOR GRED KHAS C (VK7) ;
Tangga Gaji RM7,676.00 (minimum) - RM20,592.00 (maksimum)


Penempatan Jawatan:
Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal Dan Automotif, UMP Pekan 


1. Calon hendaklah memiliki kelayakan asas seperti berikut:

a. warganegara Malaysia;

b. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

c. calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atas kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
 

Kelayakan lantikan bagi jawatan Pensyarah Universiti Gred DS45

d. (i) ijazah sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DS45: RM3,070.00); atau

(ii) ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DS45: RM3,380.37); atau


Kelayakan lantikan bagi jawatan Pensyarah Universiti Gred DS51

e. (i) mempunyai kelayakan seperti di perenggan (1.d.) ;

(ii) membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya; dan

(iii) mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan (Gaji permulaan ialah pada Gred DS51: RM5,855.00)


Kelayakan lantikan bagi jawatan Pensyarah Universiti Gred DS53

f. (i) mempunyai kelayakan seperti di perenggan (1.d.) ;

(ii) membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang sangat istimewa mutunya; dan

(iii) mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred DS53: RM6,162.00).


Kelayakan lantikan bagi jawatan Gred Khas C (Profesor)

g. (i) mempunyai kelayakan seperti di perenggan (1.d.) ;

(ii) membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang terkemuka mutunya; dan

(iii) mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred Khas C: RM7,676.00).

Keutamaan kepada calon:-

Mempunyai kemahiran dalam bidang:

1) Oil and Gas
Klasifikasi Bidang:

Syarat Tambahan:-

Mempunyai pengalaman industri dalam bidang berkaitan


Syarat Tambahan:

Keutamaan kepada calon:

Mempunyai kelulusan PhD dan kemahiran dalam bidang:

Minyak dan Gas (Oil & Gas)
- Peralatan Statik & Berputar (Static & Rotating Equipment) atau
- Paip dan Saluran Paip (Piping & Pipelines)


Penetapan Gaji Permulaan:

Gaji permulaan yang lebih tinggi daripada gaji minimum boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik UMP berasaskan pengalaman kerja atau kemahiran berkaitan.


Syarat-syarat Umum:

Pemohon-pemohon yang memohon jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat dalam skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.


Taraf Jawatan
Jawatan akan dilantik secara Tetap / Kontrak.


Umur Pada Tarikh Tutup Iklan

Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.


Cara Memohon

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian dengan mengisi maklumat pemohon di laman web UMP, E-recruitment UMP


Permohonan Oleh Pegawai Yang Sedang Berkhidmat

Pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masingmasing dengan menyertakan salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan tiga (3) tahun terakhir, salinan Kenyataan Perkhidmatan yang terkini dan ulasan majikan sama ada menyokong atau tidak permohonan selaras dengan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012, Para 18. Sila hantarkan ke alamat berikut :

BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
JABATAN PENDAFTAR
CANSELERI TUN ABDUL RAZAK
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG,
26600 PEKAN,
PAHANG DARUL MAKMUR
(U/P : UNIT PELANTIKAN)


Catatan Am

(a) Hanya permohonan yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga melalui e-mel yang telah berdaftar dengan UMP.

(b) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan daripada tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

(c) Pemohon yang pernah membuat permohonan pada iklan-iklan yang lalu dinasihatkan mengemukakan semula permohonan jika masih berminat dan layak.


*Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan


Tarikh Tutup Permohonan : 11 Jun 2021 (Jumaat)



Jom Join Telegram Khas : Kerja Kosong Negeri Pahang

Post a Comment