Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Universiti Putra Malaysia (UPM) - 7 Jun 2021

Post a Comment
Jawatan Kosong 2021 di Universiti Putra Malaysia (UPM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Universiti Putra Malaysia (UPM)

Jawatan Kosong 2020 di Universiti Putra Malaysia (UPM)

Latar Belakang

Universiti Putra Malaysia (UPM, dahulu dikenali sebagai Universiti Pertanian Malaysia) telah ditubuhkan pada 29 Oktober 1971, melalui penggabungan antara Fakulti Pertanian Universiti Malaya dan Kolej Pertanian Malaya Serdang. Universiti ini bermula dengan tiga buah fakulti iaitu Fakulti Pertanian, Perhutanan, dan Kedoktoran Veterinar dan Sains Penternakan. Ia terus kekal sebagai sebuah universiti tradisional yang memberikan tumpuan terutama kepada pendidikan ijazah pertama, penyelidikan dalam bidang pertanian dan bidang yang berkaitan. UPM mempunyai dua kampus, iaitu sebuah kampus utama terletak di Serdang, Selangor, menawarkan pendidikan peringkat ijazah sarjana muda, sarjana, dan kedoktoran, manakala sebuah lagi adalah kampus cawangan terletak di Bintulu, Sarawak, menawarkan pendidikan peringkat diploma. Pada 3 April 1997 Universiti Pertanian Malaysia ditukar nama kepada Universiti Putra Malaysia.
Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:

1. PENOLONG PEGAWAI FARMASI U29

2. JURUPULIH PERUBATAN (ANGGOTA) U29

3. PEMBANTU OPERASI N11


Syarat Umum Permohonan:

Calon mestilah Warganegara Malaysia.

Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan yang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

Bagi tujuan pelantikan ke Perkhidmatan Awam, calon yang memohon jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk Sijil Pelajaran Malaysia perlu memiliki sekurang-kurangnya keputusan berikut:

a) Lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau

b) Lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; dan

c) Memenuhi syarat kelayakan Bahasa Melayu iaitu Kepujian dan subjek-subjek tertentu seperti mana yang disyaratkan dalam skim perkhidmatan.
 

Cara Memohon:

Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kumpulan Pelaksana (Kod Dokumen : SOK/BUM/BR03/JAWATAN02) yang boleh dimuat turun dari laman web Pejabat Pendaftar (link admin sediakan di bawah) dan sertakan dokumen-dokumen seperti Senarai Semak Temuduga yang dilampirkan. 



scan QR Code untuk muat turun dokumen yang diperlukan

Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke emel noorbaizura@upm.edu.my (pastikan dokumen yang dilampirkan adalah CETAKAN BERWARNA) atau dihantar ke alamat berikut:

UNIT PEMBANGUNAN MODAL INSAN & LATIHAN
PEJABAT AM TINGKAT 1, BLOK A
PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI,
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, 43400 UPM SERDANG
(U/P: PUAN NOOR BAIZURA MOHD SAFIFEE)
TEL: 03-9769 8870 / 7346

  

Tempoh Iklan:

Permohonan Jawatan akan mula dibuka pada 21 Mei 2021 (Jumaat) dan akan ditutup pada 7 Jun 2021 (Isnin).


Perhatian:

Permohonan yang tidak lengkap diisi atau lewat diterima atau tidak mengikut peraturan memohon boleh menyebabkan permohonan tidak akan dilayan.

Hanya calon-calon yang dipilih dalam penyaringan sahaja akan diperakukan dipanggil untuk ditemuduga.

Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
 

Ketua Seksyen Pentadbiran dan Kewangan
Pusat Kesihatan Universiti
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
SELANGOR


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 07 Jun 2021 (Isnin)


Klik Untuk Baca Iklan Lengkap

Klik Untuk Muatturun Borang Permohonan

Jom Join Telegram Khas : Kerja Kosong Negeri Selangor

Post a Comment