Jawatan Kosong di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Negeri Sembilan - 9 Julai 2021 - KERJA KOSONG 2021 | JAWATAN KOSONG KERAJAAN 2021
HTML5 Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Negeri Sembilan - 9 Julai 2021

Jawatan Kosong 2021 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Negeri Sembilan | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Negeri Sembilan

Jawatan Kosong 2019 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Negeri Sembilan

Latar Belakang

Visi
Menjadikan UiTM sebuah universiti unggul yang berteraskan kesarjanaan dan kecemerlangan akademik bagi menerajui dinamisme bumiputera dalam semua bidang profesional bertaraf dunia supaya terlahir graduan yang berdaya saing, global dan beretika.

Misi
Mempertingkatkan keilmuan dan kepakaran bumiputera dalam semua bidang menerusi penyampaian program profesional, penyelidikan serta penglibatan khidmat masyarakat yang berlandaskan kepada nilai-nilai murni dan etika keprofesionalan.

Falsafah
Setiap individu mampu mencapai kecemerlangan melalui pemindahan ilmu serta penerapan nilai-nilai murni agar menjadi graduan profesional yang berupaya mengembangkan ilmu dan membangunkan diri, masyarakat dan negara.
Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Jawatan Akademik:

1. PROFESOR VK7

2. PROFESOR MADYA DM53

3. PENSYARAH KANAN DM51

4. PENSYARAH DM45


Jawatan Pentadbiran:

1. PEMBANTU PUSTAKAWAN S19

2. PEMANDU H11



Cara-cara Membuat Permohonan:

a. Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA.

b. Borang dan syarat-syarat permohonan boleh diperoleh dengan melayari laman sesawang UiTM Cawangan Negeri Sembilan di https://nsembilan.uitm.edu.my/

c. Setiap permohonan MESTILAH disertai dengan Salinan sijil-sijil dan mengikut susunan berikut :

i. Salinan Kad Pengenalan
ii. Salinan Sijil MCE/SPM,HSC/STPM atau setaraf
iii. Ijazah / Diploma/ Sijil Politeknik atau setaraf
iv. Surat Pengesahan tempoh pekerjaan dari majikan (jika ada untuk mengambil kira pengalaman kerja/ penetapan gaji
v. Dokumen berkaitan jawatan yang dipohon

d. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.

e. Permohonan daripada mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan dengan salinan rekod perkhidmatan yang dikemaskini.

f. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

g. Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil yang telah disahkan.

h. Nama jawatan yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas sebelah kiri sampul surat permohonan.

i. Borang yang tidak lengkap dan permohonan calon dari jabatan kerajaaan/badan berkanun/separa kerajaan yang tidak memohon melalui majikan tidak akan diproses.

j. Bagi permohonan jawatan Pensyarah/Pensyarah Kanan/Profesor Madya/Profesor:

i. Pemohon-pemohon berkelayakan Ijazah Sarjana hendaklah memiliki CGPA 3.00 ke atas/Kelas Kedua Tinggi/Mumtaz/Jayyid Jiddan atau yang setaraf diperingkat Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana. (Pengecualian bagi pemohon yang telah memiliki kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) atau setara)

ii. Keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D).

iii. Permohonan jawatan Profesor boleh dibuat melalui sistem ePengambilan Staf dengan mengisi borang Profesor Madya (sekiranya memiliki kelayakan Ph.D) dan Pensyarah (sekiranya memiliki kelayakan Sarjana).


Sila kemukakan permohonan kepada:

TIMBALAN PENDAFTAR
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
CAWANGAN NEGERI SEMBILAN
KAMPUS KUALA PILAH, BETING
72000, KUALA PILAH
NEGERI SEMBILAN
No Tel:+(606)-4823 2100 / 483 2210


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link yang admin sediakan di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 09 Julai 2021(Jumaat) sebelum Jam 5.00 Petang



Jom Join Telegram Khas : Kerja Kosong Negeri Sembilan
Jom Join Telegram Khas : Pilih Channel Telegram Mengikut Negeri

0 Response to "Jawatan Kosong di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Negeri Sembilan - 9 Julai 2021"

Post a Comment