Pelawaan Penyertaan Sukarelawan Perubatan Di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Negeri Sarawak | Kerajaan Negeri Sarawak mempelawa warganegara Malaysia (bermastautin di Sarawak) yang berumur 18 hingga 60 tahun pada tarikh tutup iklan bagi menyertai Sukarelawan Perubatan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Negeri Sarawak. Butiran Sukarelawan Perubatan yang diperlukan adalah seperti di bawah:
Latar Belakang
MyVAC (Malaysia Vaccine Support Volunteers) merupakan satu inisiatif yang ditubuhkan hasil kerjasama antara Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI), Kementerian Belia & Sukan (KBS), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (MRCS) untuk membantu dalam pelancaran program imunisasi kerajaan dengan menempatkan individu yang bersedia berkhidmat dalam pasukan vaksinasi. Program mobilisasi sukarelawan ini akan menjadi instrumen yang amat penting dalam kempen vaksinasi Malaysia bagi mencapai "Herd Immunity".
Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Pages - Jawatan Kosong Sabah & SarawakJawatan:
1. PEGAWAI PERUBATAN
Ijazah dalam ilmu perubatan yang diiktiraf Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia
2. PEGAWAI FARMASI
Ijazah dalam bidang farmasi yang diiktiraf Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Farmasi Malaysia
3. PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN
Diploma dalam bidang pembantu perubatan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia
4. JURURAWAT DIPLOMA
dalam bidang kejururawatan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia
Cara Memohon
Semua permohonan hendaklah dikemukakan secara atas talian (online) melalui laman web https://erecruitment.sarawak.gov.my (link/pautan admin sediakan di bawah)
Tempoh Perkhidmatan
Bermula tarikh bertugas sehingga 31 Ogos 2021
Elaun Dan Kemudahan
1. Elaun bulanan RM 2, 400 bagi sukarelawan Ijazah dan RM 2, 000 bagi sukarelawan Diploma.
2. Skim Insuran Perlindungan Kemalangan Peribadi Berkelompok.
3. Akan diberi vaksinasi sebelum memulakan tugas di PPV.
Syarat-syarat Penyertaan
1. Berusia di antara 18 hingga 60 tahun
2. Sihat dan cergas secara fizikal dan mental
3. Sanggup bertugas di lokasi yang memerlukan
4. Tiada sejarah kontak rapat dengan kes COVID-19 dalam masa 14 hari
Tarikh tutup iklan adalah pada 13 Jun 2021.
Iklan dikeluarkan oleh :
Unit Sumber Manusia Negeri
Jabatan Ketua Menteri
Tingkat 11, Wisma Bapa Malaysia
93502 Kuching, Sarawak
Jom Join Telegram Khas : Kerja Kosong Negeri Sarawak
Jom Join Telegram Khas : Pilih Channel Telegram Mengikut Negeri