Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) - 4 Ogos 2021

Post a Comment
Jawatan Kosong 2021 di Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM)

Jawatan Kosong 2021 di Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM)

Latar Belakang

Kolej Universiti Islam Melaka atau lebih dikenali sebagai KUIM merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi milik penuh Kerajaan Negeri Melaka yang ditubuhkan di bawah akta IPTS 1996. Usaha Kerajaan Negeri yang komited dalam memacu kecemerlangan pendidikan seiring dengan matlamat Melaka Maju 2010 maka KUIM telah dinaik taraf menjadi Kolej Universiti pada 1 Julai 2009 oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Dahulunya KUIM dikenali sebagai Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Melaka (KTIAM) telah membuat satu anjakan paradigma dalam memperkenalkan wadah baru pendidikan, iaitu kombinasi bidang pengajian islam diintegrasikan dengan bidang sains dan diterapkan dengan disiplin psikologi seiringan.
Join Group KhasBanyak Jawatan Kosong
Like FB Page KhasKerja Kosong Negeri Melaka
Jawatan:

1. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F41

2. PEMBANTU TADBIR GRED N19

3. PENSYARAH PENDIDIKAN AWAL KANAK – KANAK GRED DG41


Syarat Lantikan Jawatan 1:

a) Ijazah Sarjana (Masters) atau Sarjana Muda dalam bidang Sains Komputer dan Teknologi Maklumat dari universiti-universiti tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau

b) Ijazah Sarjana (Masters) atau Sarjana Muda di dalam bidang yang berkaitan dari universiti-universiti tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan

c) Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan


Syarat Lantikan Jawatan 2:

a) Memperoleh sekurang – kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau

b) Sijil Pelajaran Malaysia (Vokasional) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; serta

c) Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Syarat Lantikan Jawatan 3:

a) Ijazah Sarjana (Masters) di dalam bidang yang berkaitan dari universiti-universiti tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau

b) Ijazah Sarjana Muda di dalam bidang yang berkaitan dari universiti-universiti tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan

c) Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Cara Memohon:

a) Permohonan hendaklah dihantar melalui e-mel: perjawatan@kuim.edu.my dan disertakan bersama :

i. Borang rasmi yang boleh didapati melalui laman web Kolej Universiti Islam Melaka www.kuim.edu.my

ii. Resume / butir – butir peribadi dan salinan kad pengenalan pemohon.

iii. Salinan kelayakan Ijazah Doktor Falsafah / Ijazah Sarjana ( Masters ) / Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang berkaitan atau salinan keputusan peperiksaan akhir bagi kelayakan yang disyaratkan.

iv. Salinan Kelayakan SPM, STPM, Diploma dan dokumen yang berkaitan.

v. Sijil – sijil / dokumen yang berkaitan.

b) Permohonan dilanjutkan sehingga 4 Ogos 2021. Sila tuliskan nama jawatan yang dipohon beserta nama pemohon di bahagian subjek e-mel mengikut tatacara berikut. Subjek : Pegawai Teknologi Maklumat (Gred F41) _ Nama Pemohon


Perkara Am

Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga dan permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya. 


Tarikh Tutup Permohonan : 04 Ogos 2021 (Rabu)


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Post a Comment