Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) - 26 Julai 2021

Post a Comment
Jawatan Kosong 2021 di Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)

Jawatan Kosong 2021 di Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)

Pengenalan

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Federal Agricultural Marketing Authority atau FAMA) merupakan sebuah agensi pemasaran di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. FAMA bertanggungjawab dalam pemasaran produk agromakanan seperti sayur-sayuran dan buah-buhan serta produk -produk industri asas tani

Bagi memacu sektor pemasaran domestik dan antarabangsa, FAMA berperanan dalam pemasaran hasil produk agromakanan dan meningkatkan pendapatan pengeluar. FAMA juga berperanan dalam memastikan produk pertanian dan industri asas tani tersedia dan boleh diperolehi pada harga yang mampu dibayar oleh pengguna.
Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:

1. PEGAWAI EHWAL EKONOMI GRED E41

2. PENOLONG PEGAWAI EHWAL EKONOMI GRED E29


Syarat Lantikan Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E41:

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
i) Warganegara Malaysia;

ii) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

iii) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan : RM2,083.00); atau

iv) Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan : RM2,286.57); atau

v) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan : RM2,490.99); atau

vi) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan : RM2,797.62); dan

vii) Kepujian mata pelajaran Bahasa Melayu di peringk


Syarat Lantikan Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E29:

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

i) Warganegara Malaysia;

ii) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

iii) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan (Gaji Permulaan : RM1,493.00); atau

iv) Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan (Gaji Permulaan : RM1,493.00); atau

v) Sijil Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan (Gaji Permulaan : RM1,493.00); atau

vi) Sijil Pertanian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan (Gaji Permulaan : RM1,493.00); atau

vii) Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan : RM1,770.00); dan

viii) Kepujian mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia (SVM).


Cara Memohon:

(a) Calon-calon hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.

(b) Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang FAMA 1-08p.

(c) Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil Akedemik, Ijazah, Transkrip dan sijil – sijil berkaitan yang telah disahkan dan lain-lain keterangan kelayakan yang disyaratkan.

(d) Semua permohonan hendaklah dinyatakan jawatan yang dipohon di sebelah kiri atas sampul surat.


Alamat permohonan:

Permohonan hendaklah sampai kepada:
Pengarah Kanan Pengurusan Sumber Manusia
Ibu Pejabat FAMA
Bangunan FAMA Point
Lot 17304, Jalan Persiaran 1
Bandar Baru Selayang
68100 Batu Caves,
Selangor.


Catatan Am:

1. Calon-calon diingatkan bahawa hanya mereka yang layak selepas tapisan sahaja akan dihubungi untuk sesi temuduga.

2. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas ENAM (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

3. Sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi Cawangan Pelantikan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (PSM) di talian 03-61262020 samb: 2212 / 2323 / 2043.


* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap yang admin sediakan di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 26 Julai 2021 (Isnin)




Post a Comment