Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) - 21 Julai 2021

Post a Comment
Jawatan Kosong 2021 di Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)

Jawatan Kosong 2019 di Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)

Latar Belakang

Penubuhan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) bermula daripada arahan Jemaah Menteri pada Julai 1997 yang meminta Kementerian Pertanian, seterusnya Kerajaan Negeri Selangor supaya mengkaji cadangan bagi menubuhkan satu badan untuk menguruskan sungai dan sumber air secara bersepadu dengan mengambil Sungai Selangor sebagai projek perintis dan Sungai “Thames” di United Kingdom sebagai model pelaksana.

Sehubungan dengan itu, penyelarasan peranan dan bidangkuasa antara agensi kerajaan negeri dan persekutuan telah dibuat bagi memastikan tidak wujud sebarang pertindihan fungsi dan tanggungjawab serta melancarkan perjalanan badan ini. Lalu LUAS ditubuhkan melalui kelulusan Dewan Undangan Negeri Selangor yang bersidang pada 9 April 1999. Penubuhan LUAS ini dilengkapi dengan sebuah enakmen iaitu Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999.

LUAS dilancarkan pada 18 September 1999, oleh Menteri Besar Selangor pada ketika itu, YAB Dato’ Seri (Dr) Hj. Abu Hassan Bin Hj. Omar yang juga selaku Pengerusi Lembaga Pengarah LUAS yang pertama. Ir. Hj. Rahmat bin Hj. Mohd Sharif, Timbalan Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor telah dilantik sebagai Pengarah LUAS yang pertama bermula pada 15 September 1999. LUAS mula beroperasi secara rasmi pada 1 Ogos 2000 dengan pengambilan kakitangan ‘nukleus’ seramai 13 orang.
Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:

1. JURUAUDIT KEWANGAN W41 - 1 Kekosongan

2. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT [PSH SETARAF DIPLOMA] - 2 Kekosongan

3. PEGAWAI SKIM PERKHIDMATAN SINGKAT [SETARAF SPM/GRED 19] - 6 Kekosongan


Syarat Permohonan

(1) Permohonan hendaklah menggunakan borang Pindaan. LUAS 2/2007 yang boleh diperolehi di Portal LUAS https://www.luas.gov.my

(2) Semua borang permohonan hendaklah diisi dengan Iengkap dan disertakan salinan dokumen yang berikut (keperluan pengesahan dokumen berkaitan tidak diperlukan):

(a) Salinan Kad Pengenalan.
(b) Salinan Surat Beranak.
(c) Salinan sijil PMR/SPM/SVM *mana-mana yang berkaitan
(d) Salinan Sijil Berhenti Sekolah terakhir
(e) Salinan sijil-sijil kelayakan akademik dan salinan transkrip bagi sijil yang berkenaan.
(f) Gambar berukuran pasport.

(3) Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima serta tidak mengikut peraturan yang telah ditetapkan akan ditolak.

(4) Hanya calon yang ditapis-senarai akan dipanggil untuk temuduga. Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ini ditutup adalah dianggap tidak berjaya.

(5) Pihak Lembaga tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang perbelanjaan calon untuk proses temuduga jika berkaitan.

(6) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat, dan ditulis nama jawatan yang dipohon di sebelah atas kiri sampul surat berkenaan dengan HURUF BESAR. 


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : Sebelum atau pada jam 12.00 tengah hari 21 Julai 2021 (Rabu)





https://www.banyakjawatan.my/p/telegram-channel-setiap-negeri.html

Post a Comment