Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) - 15 Julai 2021

Post a Comment
Jawatan Kosong 2021 di Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG)

Jawatan Kosong 2021 di Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG)

Latar Belakang

Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) telah ditubuhkan pada 1 Julai 2008 di bawah Seksyen 3, Akta Kerajaaan Tempatan, 1976 (Akta 171). Kawasan tadbiran MBPG berkeluasan 311 kilometer persegi (31,132 hektar) yang meliputi Mukim Tiram dan sebahagian Mukim Plentong.

Sejarah penubuhan MBPG ini bermula pada 1 Julai 1977 apabila Majlis Bandaraya Pasir Gudang ditubuhkan melalui Pengisytiharan Warta Kerajaan Negeri Johor Jil.21 Bil 4, J.P.U. 10 bertarikh 17 Februari 1977 di bawah seksyen 3, Enakmen Lembaga Bandaran (Bil 118).

Berkuatkuasa pada tarikh yang sama, Johor Corporation (dahulunya dikenali sebagai Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor-PKENJ) telah dilantik sebagai Pihak Berkuasa Tempatan bagi mentadbir dan memajukan kawasan Majlis Bandaraya Pasir Gudang ini dibawah Seksyen 150, Enakmen Lembaga Bandaran.

Mulai 1 Julai 1985, Kerajaan Negeri Johor telah bersetuju PBT Pasir Gudang ditadbir di bawah Seksyen 7, Akta Kerajaan Tempatan, 1976 (Akta 171) menggantikan penggunaan Enakmen Lembaga Bandaran 1937 (Bil 118).

Johor Corporation telah diamanahkan oleh Kerajaan Negeri untuk mentadbir PBT Pasir Gudang mengikut tempoh-tempoh pentadbiran yang telah diluluskan sehingga 31 tahun lamanya iaitu dari 1 Julai 1977 hingga 30 Jun 2009.

Apabila PBT Pasir Gudang telah memenuhi semua kriteria sebagai sebuah Majlis Perbandaran, dan Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) telah ditubuhkan pada 1 Julai 2008 di bawah Seksyen 3, Akta Kerajaan Tempatan, 1976 (Akta 171).

Dua orang pegawai Johor Corporation telah dipinjamkan sebagai Yang DiPertua dan Setiausaha MPPG bagi mentadbir MPPG dalam tempoh peralihan, iaitu Tuan Haji Lukman Bin Haji Abu Bakar, Pengurus Besar Kanan Johor Corporation telah dilantik sebagai Yang DiPertua dan Encik Mohamad Mazlan Bin Ali, Timbalan Pengurus Besar Johor Corporation dilantik sebagai Setiausaha MPPG.

Mulai 1 September 2009 tampuk pengurusan MPPG berhijrah ke era baru apabila Kerajaan Negeri mengambil alih sepenuhnya pentadbiran MPPG daripada Johor Corporation dengan menempatkan dua orang Pegawai Tadbir Negeri Johor iaitu Tuan Haji A. Rahim Bin Nin sebagai Yang DiPertua dan Encik Za'nal Bin Haji Misran sebagai Setiausaha bagi mentadbirkan  MPPG.

Selaras dengan penubuhan MPPG, maka perlantikan ahli-ahli majlis telah dibuat pada 1 Julai 2008 yang meliputi 24 zon.  Peranan ahli majlis adalah sebagai penghubung di antara masyarakat setempat dengan pengurusan MPPG.
Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:

1. PEGAWAI TADBIR N41 (TETAP / KONTRAK)



*Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.


Tarikh Tutup Permohonan : 15 Julai 2021 (Khamis)



Jom Join Telegram Khas : Kerja Kosong Negeri Johor
Jom Join Telegram Khas : Pilih Channel Telegram Mengikut Negeri

Post a Comment