Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT) - 15 Julai 2021

Post a Comment
Jawatan Kosong 2021 di Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT)

Jawatan Kosong 2019 di Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT)

Latar Belakang

Majlis Daerah Hulu Terengganu ditubuhkan pada 1 Januari, 1981 di bawah Seksyen 3 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) (Pindaan 1978). Sebelum ini ia dikenali sebagai Jumaah Bandaran Ulu Terengganu.Perasmian pelancaran Majlis Daerah Ulu Terengganu dirasmikan oleh Menteri Besar Terengganu iaitu Y.A.B.Dato' Seri Amar Diraja Dato' Haji Wan Mokhtar bin Ahmad di Dewan Bandaran Kuala Brang pada Isnin, 30 Ogos 1982.

Terletak kira-kira 40 Km dari pusat bandar Kuala Terengganu. Meliputi kawasan seluas 53.40 kilometer persegi dan merangkumi tiga mukim iaitu Mukim Kuala Berang, Mukim Tanggol dan Mukim Penghulu Diman. Pada 18 Julai, 1996 satu pengwartaan semula dibuat yang mana seluruh daerah Hulu Terengganu ialah seluas 3,874.63 kilometer persegi menjadi kawasan Pihak Berkuasa Tempatan ( Majlis Daerah Huru Terengganu ).
Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:

1. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA JA29 - 1 Kekosongan

2. PEMBANTU PENILAIAN W19 - 1 Kekosongan

3. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19 - 5 Kekosongan

4. PEMBANTU KESIHATAN AWAM U19 - 2 Kekosongan

5. PEMANDU KENDERAAN H11 - 2 Kekosongan

6. PEMBANTU AWAM H11 - 2 Kekosongan


Cara Memohon:

(a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang MDHTR.1 yang hendaklah dimuat turun di laman web Majlis Daerah Hulu Terengganu di alamat http://www.mdht.gov.my

(b) Permohonan hendaklah disertakan dengan satu salinan Sijil berikut:

i) Kad Pengenalan yang disahkan.

ii) Sijil Kelulusan Persekolahan yang disahkan.

iii) Sijil atau Diploma yang disahkan (Salinan keputusan peperiksaan/transkrip TIDAK DITERIMA).

iv) Kad pengenalan ibubapa sekiranya pemohon lahir diluar Negeri Terengganu.

(c) Pemohon hanya boleh memohon dua (2) jawatan sahaja.

(d) Permohonan yang tidak mematuhi/tidak memenuhi syarat-syarat di atas tidak akan dipertimbangkan (borang yang tidak lengkap tidak akan diproses).

(e) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan hendaklah melalui Ketua Jabatan mengikut Peraturan 18, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) Tahun 2012. Pastikan Kenyataan Perkhidmatan yang lengkap dan dikemaskini serta Laporan Penilaian Prestasi tiga (3) tahun terkini disertakan bersama permohonan tersebut.

(f) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga. Mereka yang tidak dihubungi dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

(g) Permohonan yang lengkap boleh dihantar melalui kaedah berikut:

i) Penghantaran menggunakan perkhidmatan pos/poslaju hendaklah dihantar ke alamat seperti di bawah
(sila nyatakan jawatan yang dipohon di atas penjuru kanan sampul surat):

Yang Dipertua
Majlis Daerah Hulu Terengganu.
21700 Kuala Berang, Terengganu.

atau

ii) Borang permohonan yang lengkap juga boleh dihantar di Drop Box Kerjaya MDHT di hadapan Pintu Masuk Kaunter Bersepadu MDHT dan sila buat pengesahan penghantaran dengan mengimbas QR Code dan mengisi maklumat yang dikehendaki.

(h) Tarikh Tutup Permohonan dan Semua permohonan (termasuk permohonan melalui pos) hendaklah diterima oleh MDHT selewat‐lewatnya sebelum atau pada 15 Julai 2021 (Khamis) Jam 3.30 Petang. Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 15 Julai 2021 (Khamis) Jam 3.30 Petang






https://www.banyakjawatan.my/p/telegram-channel-setiap-negeri.html

Post a Comment