Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Marang (MDM) - 10 Julai 2021

Post a Comment
Jawatan Kosong 2021 di Majlis Daerah Marang (MDM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Daerah Marang (MDM)

Jawatan Kosong 2020 di Majlis Daerah Marang (MDM)

Latar Belakang

Majlis Daerah Marang ditubuhkan pada 1 Januari, 1981 apabila semua Pentadbiran Penguasa Tempatan disusun semula. Semasa penubuhan Majlis Daerah Marang ianya meliputi dua (2) mukim sahaja iaitu Mukim Rusila dan Mukim Pulau Kerengga. Luas kawasannya ialah 43.10km persegi yang mengandungi 13 buah kampung.

Majlis Daerah Marang diterajui oleh dua orang Pegawai Tadbir Negeri di bawah perkhidmatan pentadbiran dan sokongan (Pengurusan dan Profesional) yang menyandang jawatan Yang Di Pertua dan Setiausaha Majlis. Di samping itu, segala dasar-dasar dalam pentadbiran Majlis ditentukan oleh satu Lembaga yang terdiri daripada Ahli-ahli Majlis seramai 25 orang termasuk Yang Di Pertua yang dilantik mengikut Seksyen 16 Akta 171 Kerajaan Tempatan 1976.
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:

1. PENOLONG JURUTERA (GRED JA29)


Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a) Warganegara Malaysia dan keutamaan kepada Rakyat Negeri Terengganu

b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

c) Sijil dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Bayaran perkhidmatan: RM 1,549.00); atau

d) Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Bayaran perkhidmatan: RM 1,935.02)

e) Keutamaan diberi kepada calon yang mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya dua (2) tahun dalam bidang berkaitan


Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Deskripsi Tugas:

1. Menjalankan kerja-kerja pelaksanaan projek bagi SOP kerja kejuruteraan awam.

2. Mengumpul maklumat untuk penyediaan rekabentuk, menyedia dan menyemak lukisan kejuruteraan dan merekod inventori.

3. Mengawasi kerja-kerja di tapak projek, menyelia pelaksanaan kerja pengawasan pembinaan di tapak projek dan menyediakan laporan kemajuan projek.

4. Membantu penyediaan inden, sebutharga dan tender.


Panduan Permohonan (Penting - Sila Ambil Perhatian):

1. Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian sahaja melalui portal Majlis Daerah Marang (http://www.mdmarang.gov.my) atau (http://ekerja.mdmarangonline.gov.my). (link admin sediakan di bawah)

2. Permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat yang ditetapkan adalah ditolak. Permohonan yang diterima daripada calon-calon yang tidak memenuhi kelayakan yang disyaratkan dalam iklan ini tidak akan dipertimbangkan.

3. Sila isi semua maklumat dan muatnaik dokumen yang diperlukan. Kegagalan memuatnaik dokumen boleh menyebabkan permohonan tidak lengkap/ditolak serta terbatal. Senarai dokumen sebagaimana berikut yang perlu dimuatnaik:

i) Salinan Kad Pengenalan Pemohon, Ibu dan Bapa

ii) Salinan Sijil Kelahiran Pemohon

iii) Salinan Sijil SPM/Sijil SVM beserta transkrip keputusan

iv) Salinan Sijil/Diploma dalam bidang kejuruteraan beserta transkrip keputusan


4. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan/senarai pendek sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.

5. Permohonan dianggap TIDAK BERJAYA sekiranya tidak menerima sebarang maklum balas dalam masa enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan. Tiada makluman bersurat akan dikeluarkan oleh Majlis Daerah Marang.


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 10 Julai 2021 (Sabtu)



Jom Join Telegram Khas : Kerja Kosong Negeri Terengganu
Jom Join Telegram Khas : Pilih Channel Telegram Mengikut Negeri

Post a Comment