Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) - 30 Julai 2021

Post a Comment
Jawatan Kosong Terkini 2021 di Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM)

Jawatan Kosong Terkini 2021 di Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM)

Sejarah

Bangunan Stadthuys yang bermaksud Dewan Bandaran dibina oleh pemerintah Belanda pada tahun 1650an setelah mengambil alih Melaka daripada Portugis pada tahun 1641. Bangunan setinggi empat tingkat mengikut teres Bukit St. Paul seluas 49,200 kaki persegi, menjadi kediaman Gabenor Belanda sehingga awal kurun ke 18 di samping menjadi pusat pentadbiran Belanda sehingga 1824. Pemerintah Inggeris menjadikan

Muzium Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) di Bangunan Bastion House, Jalan Kota, Melaka.Bangunan ini dibina pada zaman pemerintahan Inggeris bagi menempatkan pegawai dan pentadbirannya di Melaka.Muzium ini menjadi rujukan berkaitan masyarakat Melayu dari segi sosio budaya dan ekonomi seluruh Nusantara. Koleksi yang dipamerkan merangkumi bahan sastera, manuskrip, cap mohor, senjata, alat muzik dan sebagainya.
Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:

1. KURATOR (GRED S41) - 1 Kekosongan

2. PEMBANTU MUZIUM (GRED S19) - 1 Kekosongan

3. PEMBANTU KEMAHIRAN (AWAM) (GRED H19) - 1 Kekosongan

4. PEMBANTU KEMAHIRAN (ELEKTRIK) (GRED H19) - 1 Kekosongan

5. PEMBANTU OPERASI (GRED N11) - 2 Kekosongan


Cara membuat permohonan:

1. Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan PERZIM. SATU (1) JAWATAN, SATU (1) BORANG.

2. Borang Perjawatan dan syarat-syarat permohonan boleh dimuat turun secara PERCUMA dari laman web PERZIM: www.perzim.gov.my MULAI PADA 14 JULAI 2021 (RABU).

3. Semua permohonan hendaklah menyertakan sijil atau dokumen berkaitan YANG DISAHKAN mengikut kelayakan dan DOKUMEN WAJIB seperti berikut:

i. Sekeping gambar berukuran pasport;
ii. Salinan Kad Pengenalan baru;
iii. Salinan Sijil Kelahiran;
iv. Lesen Memandu Kenderaan; dan
v. Salinan sijil/ kelulusan persekolahan;
vi. Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan
Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah disertakan salinan Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini;
vii. Permohonan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing.

4. Syarat individu berkelayakan untuk mengesahkan dokumen:

i. Individu yang mengesahkan dokumen hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Malaysia.

ii. Kelayakan individu untuk membuat PENGESAHAN adalah seperti berikut: ***
a. Wakil Rakyat/ Senator
b. Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional
c. Pengamal Undang-undang
d. Jaksa Pendamai
e. Pengetua/ Guru Besar (Sekolah Kerajaan Sahaja)
f. Ketua Kampung/ Penggawa/ Penghulu/ Ketua Masyarakat/ Sidang/ Pegawai Pembangunan Mukim/ Pengerusi JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung).
iii. Cop pengesahan individu hendaklah lengkap mempunyai nama, jawatan dan jabatan/ alamat di mana pegawai bertugas).

5. Permohonan yang DIANGGAPKAN TIDAK LENGKAP DAN AKAN DITOLAK sekiranya:
i. Dokumen wajib yang diperlukan tidak dilampirkan;
ii. Salinan sijil-sijil tidak disahkan oleh pegawai yang ditetapkan;***
iii. Borang tidak diisi dengan lengkap;
iv. Tidak menandatangani borang permohonan; dan
v. Tidak melalui Ketua Jabatan bagi permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan.

6. Sila catatkan nama jawatan yang dipohon di sudut atas sebelah kiri sampul surat apabila mengemukakan permohonan.

7. Pengurusan PERZIM berhak menolak dokumen yang tidak lengkap, tidak kemas, kotor dan terlalu banyak kesilapan serta pengesahan yang tidak layak. Jangan ubahsuai borang tersebut dan pastikan mukasurat lengkap sebelum dicetak.

8. Semua permohonan hendaklah diisi dengan lengkap disertakan salinan dokumen yangdiperlukan berserta dengan gambar formal terkini dan berukuran passport (Gambar swafoto/ selfie tidak dibenarkan). Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses. Pemohon hendaklah memastikan DOKUMEN WAJIB (salinan kad pengenalan, salinan Lesen Memandu, Salinan sijil akademik/ kemahiran dan transkrip akademik) yang diakui sah seperti mana syaratsyarat yang ditetapkan. Dokumen permohonan yang lengkap dan dicetak hendaklah dihantar ke alamat seperti berikut:

Pengurus Besar
Perbadanan Muzium Melaka
Kompleks Warisan Melaka
Jalan Kota, 75000 Melaka
(u.p: Seksyen Khidmat Pengurusan)

9. Tarikh tutup permohonan ialah pada 30 JULAI 2021 (JUMAAT) JAM 12.00 TENGAHARI.

10. Bukti penghantaran tidak boleh dijadikan sebagai sebagai bukti penerimaan. Kos penghantaran adalah dibawah tanggungan pemohon dan hanya Borang perjawatan secara bercetak sahaja diterima dan diproses.

11. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas ENAM (6) BULAN DARI TARIKH TUTUP PERMOHONAN hendaklah secara automatik menganggap permohonan tersebut tidak berjaya.


Perhatian:

1. Selain daripada syarat dan keutamaan yang dinyatakan didalam iklan, calon yang memohon juga dikehendaki untuk mematuhi perkara berikut:

i. Calon adalah sihat untuk berkhidmat;
ii. Tidak mempunyai apa-apa rekod jenayah;
iii. Tidak pernah dibuang kerja;
iv. Bukan penagih dadah;
v. Tidak memiliki kewarganegaraan asing,
vi. Bukan seorang bankrap;
vii. Tidak dibersarakan atas sebab kesihatan; dan
viii. Tidak pernah ditamatkan perkhidmatan dari perkhidmatan awam.

2. Calon yang dilantik perlu akur terhadap penempatan/ tempat bertugas yang ditentukan dari semasa ke sama demi kepentingan PERZIM.


Tarikh Tutup Permohonan : 30 Julai 2021 (Jumaat)



Post a Comment