Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) - 21 Julai 2021

Post a Comment
Jawatan Kosong 2021 di Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan di Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)

Jawatan Kosong 2019 di Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)

Sejarah

SPP ditubuhkan pada 1 Januari 1974 melalui Akta A193 dan P.U.(B) 556/1973 hasil daripada syor yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Diraja Aziz untuk bertindak sebagai Pihak Berkuasa dalam perkhidmatan pelajaran yang menjalankan fungsinya mengikut Perkara 144 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Sehingga kini keanggotaan SPP ditetapkan seramai 13 orang yang diketuai oleh Pengerusi dan dibantu oleh urus setia yang diketuai oleh seorang Setiausaha. Semua Anggota SPP dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

SPP merupakan Pihak Berkuasa Melantik (PBM) bagi anggota Perkhidmatan Pendidikan dalam urusan pelantikan, pengesahan dalam perkhidmatan, kemasukan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, kenaikan pangkat, pertukaran pelantikan/pertukaran tetap perkhidmatan dan kawalan tatatertib.

SPP menjalankan kuasanya melalui mesyuarat-mesyuarat seperti Mesyuarat Suruhanjaya tentang urusan pelantikan, perkhidmatan, kenaikan pangkat dan tatatertib, Mesyuarat Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan Mesyuarat Lembaga Rayuan Tatatertib.
Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:

1. PENGAMBILAN KHAS PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG41 SECARA ONE-OFF TAHUN 2021

1.Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (Suruhanjaya) selaku Pihak Berkuasa Melantik (PBM) mempelawa calon-calon yang berkelayakan, berpotensi dan berminat bagi memohon jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 untuk lantikan tetap di sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.

2. Graduan Pendidikan dan Bakal Graduan Pendidikan (calon-calon) semester akhir pengajian daripada universiti awam, swasta atau luar negara adalah layak memohon jawatan mengikut bidang dan institusi pengajian yang telah tersenarai dalam Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan (mySPP) serta mendapat pengiktirafan daripada Malaysian Qualification Agency (MQA).

3. Calon-calon yang berminat dan berkelayakan hendaklah meneliti serta memahami syarat-syarat lantikan di SINI sebelum mengemukakan atau mengemas kini permohonan.


Tarikh tutup permohonan : 21 Julai 2021 (Rabu) jam 11.59 malam




Post a Comment