Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Yayasan Didik Negara - 29 Julai 2021

Post a Comment
Jawatan Kosong 2021 di Yayasan Didik Negara | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Yayasan Didik Negara

Jawatan Kosong 2021 di Yayasan Didik Negara

Latar Belakang

Kementerian Pendidikan dahulunya dikenali sebagai Kementerian Pelajaran, ialah sebuah kementerian di Malaysia yang bertujuan untuk membangunkan sebuah sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia.

Matlamatnya ialah untuk:
  • melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu
  • melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan, dan sejahtera
  • menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara
  • memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.
Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Jawatan Akademik:

1. KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF (KPE)

Yayasan Didik Negara (YDN)
Kementerian Pendidikan Malaysia


Gaji Bulanan : RM16,000.00


Elaun dan Kemudahan (termasuk KWSP dan PERKESO) : RM5,989.05


Syarat Umum :
  • Warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 35 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan;
  • Bebas daripada rekod jenayah; dan
  • Mempunyai tahap kesihatan yang baik, tidak menghidap penyakit berjangkit dan penyakit berpanjangan

Keutamaan Calon Yang Diberi Pertimbangan:
  • Berpengalaman dalam bidang pengurusan/ kewangan/ pemasaran sekurang-kurangnya 10 tahun;
  • Mempunyai perancangan dan hala tuju yang jelas dalam menjadikan YDN sebagai agensi yang cemerlang dalam memartabatkan pendidikan yang berkualiti tinggi;
  • Mempunyai daya kreativiti dan inovatif dalam merencanakan program-program YDN untuk meneroka peluang baharu dalam penjanaan dan pengagihan dana yang efisien dan sistematik;
  • Berkebolehan bertutur dengan fasih dan menulis dengan baik dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris; dan
  • Berperwatakan menarik, mempunyai kemahiran komunikasi dan interpersonal yang baik serta mempunyai integriti yang tinggi.

Fungsi / Bidang Tugas:
  • Mengetuai pembangunan dan pelaksanaan strategik YDN untuk menjadi pelengkap dalam memperkasa pendidikan bagi melahirkan generasi yang memenuhi aspirasi pendidikan negara serta berupaya bersaing di peringkat global, memaksimumkan pencapaian Key Performance Indicator yang ditetapkan oleh Lembaga Pemegang Amanah dalam aspek kutipan serta agihan dana kepada kumpulan sasar, dan menjalin hubungan kerjasama dengan pelbagai pihak yang berkepentingan dan pemegang taruh.

Cuti Tahunan : 24 hari setahun


Perubatan:
  • Rawatan doktor panel bagi diri, suami/isteri (rawatan luar negara tidak ditanggung) dan rawatan pakar di atas perakuan Ahli Lembaga Pemegang Amanah YDN atau mengikut polisi insurans yang dtelah ditetapkan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah YDN.

Kenderaan Rasmi : Kenderaan Rasmi Yayasan


Cara Memohon:
 
Calon yang berminat untuk memohon perlu mengisi borang permohonan seperti di lampiran berserta dengan salinan resume yang terkini, salinan sijil akademik tertinggi dan lain-lain dokumen yang berkaitan. Permohonan yang lengkap diisi hendaklah dikemukakan melalui pos/serahan tangan atau diemelkan kepada:
 
Urusetia Yayasan Didik Negara
Kementerian Pendidikan Malaysia
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Aras 5, Blok E12, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA
(u.p.: Unit Bukan Guru, Cawangan Perkhidmatan)

nazri@moe.gov.my
rosmilisa@moe.gov.my
 

Temuduga

Hanya pemohon yang layak dan disenarai pendek sahaja akan dipanggil menghadiri temuduga. Permohonan adalah dianggap tidak berjaya sekiranya pemohon tidak menerima sebarang panggilan ke temuduga dalam tempoh satu (1) bulan daripada tarikh tutup iklan. Segala perbelanjaan menghadiri temuduga adalah ditanggung sepenuhnya oleh pemohon.
 

Keputusan

Keputusan temuduga hanya akan dimaklumkan kepada pemohon yang berjaya sahaja. Keputusan pelantikan secara rasmi akan dimaklumkan setelah mendapat perakuan pelantikan daripada Lembaga Pemegang Amanah YDN.
 

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan boleh diajukan dengan menghubungi pegawai berikut:
 
Encik Mohd Nazri bin Dollah / nazri@moe.gov.my / 03-8884 7857; dan
Puan Rosmilisa binti Isa / rosmilisa@moe.gov.my / 03-8884 7897


Tarikh Tutup Permohonan : 29 Julai 2021




Post a Comment