Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong Kerajaan di Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia - 25 Julai 2021 [83 Kekosongan]

Post a Comment
Jawatan Kosong Kerajaan 2021 di Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia

Jawatan Kosong Kerajaan 2021 di Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia

Latar Belakang

Sebelum pembentukan Jabatan parit dan Tali Air (JPT) pada tahun 1932, semua kerja yang berkaitan dengan parit dan tali air menjadi tanggungjawab Jabatan Kerja Raya Malaysia. Ekoran kemerosotan industri timah dan getah pada lewat tahun 1920-an dan keadaan beras yang menjadi semakin runcing di negara ini, Pesuruhjaya Tinggi British pada waktu itu melantik Jawatankuasa Penanaman Padi pada tahun 1930 untuk menentukan "langkah terbaik yang perlu diambil bagi menggalakkan penanaman padi di Tanah Melayu".

Stelah membuat kajian yang menyeluruh, jawatankuasa ini menerbitkan laporannya pada tahun 1931. Salah satu saranan utamanya adalah "sebuah Jabatan Parit dan Tali Air hendaklah ditubuhkan untuk Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan penasihat di Negeri-Negeri Melayu Tak Bersekutu, yang akan menyerapkan Cawangan Hidraulik Jabatan Kerja Raya, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu". Saranan ini telah diterima sebagai sebuah jabatan yang berasingan pada 1 Januari 1932.

Dalam masa 10 tahun pertama kewujudan Jabatan ini sehingga pendudukan Jepun, 20,000 hektar tanah padi baru telah dimajukan dan dibangunkan, kemudahan pengairan dan saliran telah disediakan untuk lebih kurang 50,000 hektar tanah padi yang sedia ada. Jabatan telah mengambil alih kerja-kerja penyenggaraan saliran bagi 40,000 hektar tanah estet dan pekebun kecil di Selangor dan Perak.

Pembinaan semula kerja-kerja ini dan penyambungannya telah menaikkan jumlah kawasan kepada kira-kira 80,000 hektar pada tahun 1942. Semasa pendudukan Jepun, sedikit atau tiada langsung pembangunan baru selain penyiapan beberapa struktur yang separuh siap apabila perang berlaku. Di kawasan-kawasan saliran, pengabaian mengakibatkan parit penuh dengan kelodak dan semak, dan dalam keadaan tertentu hampir-hampir tertimbus sepenuhnya.

Sewaktu penjajahan semula Tanah Melayu pada tahun 1945, penekanan telah diberikan terhadap pemulihan kerja-kerja pengairan. Dasar Kerajaan telah dibentuk untuk mengurangkan pergantungan negara terhadap bekalan makanan import, dengan penekanan ke arah mampu diri beras, dan semua usaha telah dibuat bagi meningkatkan pengeluaran padi tempatan. Berikutan Kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957, penekanan yang lebih besar diberikan terhadap peningkatan pendapatan dan peluang pekerjaan rakyat miskin luar bandar.
Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:

KELULUSAN MINIMUM:  IJAZAH & DIPLOMA

1. JURUTERA GRED J41 (AWAM) 42 Kekosongan

2. JURUTERA GRED J41 (MEKANIKAL) 12 Kekosongan

3. PENOLONG JURUTERA GRED JA29 29 Kekosongan


Semua kekosongan jawatan adalah di Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia, Kementerian Alam Sekitar dan Air. Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-


Tarikh Tutup Permohonan : 25 Julai 2021 (Ahad) jam 11:59 malam




Post a Comment