Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong Kerajaan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang - 18 Julai 2021

Post a Comment
Jawatan Kosong Kerajaan 2021 di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang


Latar Belakang

Kerajaan negeri Pulau Pinang merujuk kepada pihak berkuasa kerajaan negeri Pulau Pinang. Kerajaan negeri mematuhi dan diwujudkan oleh kedua-dua Perlembagaan Persekutuan Malaysia, undang-undang tertinggi Malaysia, dan Perlembagaan Negeri Pulau Pinang, undang-undang tertinggi di Pulau Pinang. Kerajaan Pulau Pinang berpusat di ibukota negeri George Town.

Kerajaan negeri terdiri daripada hanya dua cawangan - eksekutif dan perundangan. Majlis Eksekutif Negeri Pulau Pinang membentuk cawangan eksekutif, manakala Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang adalah badan perundangan kerajaan negeri. Ketua pemerintahan Pulau Pinang adalah Ketua Menteri. Kerajaan negeri tidak mempunyai cawangan kehakiman, memandangkan sistem kehakiman Malaysia adalah sistem federalis yang beroperasi seragam di seluruh negara.
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:

1. PEMBANTU AWAM (PUSAT KONSERVASI PENYU) H11

2. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19


Syarat Lantikan Pembantu Awam (Pusat Konservasi Penyu) H11:

a) Warganegara Malaysia (calon lelaki sahaja)

b) Berumur dari 20 sehingga 35 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

c) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred H11: RM1,218.00).

d) Syarat Tambahan: Bagi tugas menyelamat, calon perlu memiliki Sijil Pertolongan Cemas serta berkebolehan berenang dan bagi tugas memandu enjin sangkut/motobot, calon perlu  memiliki perakuan kekompetenan berkaitan daripada Jabatan Laut Malaysia). (Gaji permulaan ialah pada Gred H11: RM1,264.15). 

e) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

f) Syarat dan kelayakan tambahan :-
- Lelaki (bujang) diberi keutamaan
- Boleh berbahasa Inggeris (kelebihan)
- Mahir menggunakan komputer dan Microsoft Office
- Mempunyai lesen memandu dan pengangkutan sendiri
- Berdisiplin, tahan lasak, pencinta haiwan dan alam sekitar
- Sanggup kerja lebih masa dan di luar waktu pejabat
- Sanggup menerima tugasan lain dari semasa ke semasa
- Boleh bekerja mengikut syif yang ditetapkan
- Boleh bekerja tanpa kemudahan internet, elektrik dan panggilan telefon



Syarat Lantikan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19:

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40); atau

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80).

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysiaatau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Cara Memohon:

Semua kekosongan jawatan adalah di bawah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang seluruh negara. Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-


Tarikh Tutup Permohonan : 12 & 18 Julai 2021


Jom Join Telegram Khas : Kerja Kosong Negeri Pulau Pinang
Jom Join Telegram Khas : Pilih Channel Telegram Mengikut Negeri

Post a Comment