Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong Terkini di Majlis Daerah Rembau (MDR) - 11 Julai 2021

Post a Comment
Jawatan Kosong Terkini 2021 di Majlis Daerah Rembau (MDR) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di  Majlis Daerah Rembau (MDR)

Jawatan Kosong Terkini di Majlis Daerah Rembau (MDR)

Latar Belakang

Majlis Daerah Rembau sebuah badan pengawal tempatan yang ditubuhkan pada 1 Julai 1980 melalui Lembaran Negara kerajaan deklarasi No.334 pada 23 jun 1980. Ini adalah sebuah badan pengawal tempatan di bawah undang-undang Kerajaan Tempatan, 1976 (Akta 171). Majlis Daerah Rembau adalah Parti Tempatan otoriter (PBT) yang orientasi warga perkhidmatan yang bertindak sebagai inisiator utama dalam membuat Rembau sebuah daerah yang indah dan dikembangkan.

Pembangunan kawasan pentadbiran sejajar dengan perkembangan seluruh Negeri Sembilan dengan fokus berada dalam industri, pelancongan dan sektor pertanian. Pembentukan infrastruktur yang cepat juga membantu meningkatkan aliran pelabur tempatan dan luar negeri dalam meningkatkan modal kemudian menyediakan peluang pekerjaan yang lebih banyak bagi masyarakat.
Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:

1. PENOLONG JURUAUDIT GRED W29

2. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT GRED N19


Syarat Lantikan Penolong Juruaudit (Gred W29):

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) i. Sijil dalam bidang pengajian perniagaaan atau penyimpanan kira yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred W29: RM1,510.92); atau

ii. Certified Accounting Technician (CAT) yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred W29: RM1,510.92); atau

iii. Diploma dalam bidang pengajian perniagaan, perbankan atau perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W29: RM1,776.08); atau

iv. Licentiate of The Chartered Of Institute of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang kewangan diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred W29: RM 2001.68)

(b) Syarat Bahasa Melayu & Matematik (Wajib). Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C ) dalam subjek Bahasa Melayu & Matematik pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(c) Deskripsi Tugas: Membantu Jabatan dalam penyediaan, semakan dan menjalankan auditan terhadap akaun Jabatan dan penyediaan aktiviti-aktiviti sebelum pengauditan berlaku.


Syarat Lantikan Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N19:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a) i. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00) atau;

ii. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40) atau;

iii. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80) atau;

(b) Syarat Bahasa Melayu & Kemahiran Komputer (Wajib). Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C ) dalam subjek Bahasa Melayu dan lulus lima subjek asas pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta mahir dalam penggunaan komputer.

(c) Deskripsi Tugas: Bertanggungjawab bagi membantu dan memberi perkhidmatan kesetiausahaan disamping memastikan urusan terutama di Bahagian Khidmat Pengurusan dan Bilik Yang DiPertua berjalan lancar. Perkhidmatan kesetiausahaan adalah seperti menaip, menyediakan surat menyuarat, laporan Jabatan, jadual mesyuarat dan pengurusan fail di bahagian tersebut. Disamping itu memastikan keperluan rasmi serta jadual kerja, urusan perjalanan dan tamu janji bagi Yang DiPetua, Majlis Daerah Rembau dikendalikan secara cekap, teratur dan berjalan lancar tanpa sebarang pertindihan.


Cara Memohon:

(i) Permohonan hendaklah menggunakan borang yang boleh didapati dengan PERCUMA di Majlis Daerah Rembau, Negeri Sembilan Darul Khusus. Buat masa ini, borang permohonan boleh diperolehi di Pondok Pengawal, MDR (diedarkan hanya sewaktu PKP sahaja) dengan hadir sendiri ke MAJLIS DAERAH REMBAU atau pemohon juga boleh memuat turun borang permohonan daripada laman web Majlis Dearah Rembau di alamat www.mdr @ mdr.gov.my.

(ii) Permohonan yang memohon melebihi satu (1) jawatan hendaklah menggunakan borang permohonan yang berasingan. Permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran Passport, salinan Kad Pengenalan, Surat Beranak, Sijil-sijil, Surat Akuan dan lainlain dokumen berkaitan yang telah diakui sah oleh Wakil Rakyat, manamana Pegawai Kerajaan dalam Kumpulan Pengurusan & Profesional atau Kumpulan Sokongan 1 yang diberi kuasa atau Penghulu dan Pengerusi JKKK yang mempunyai cop rasmi jawatan.

(iii) Permohonan berikut akan DI TOLAK ;

a) Tidak disertakan salinan dokumen-dokumen yang diperlukan;
b) Tidak lengkap atau tidak terang;
c) Tidak mematuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan;
d) Tidak ditandatangani oleh pemohon;
e) Tiada pengesahan oleh Kumpulan Pengurusan & Profesional;
f) Tiada Alamat Permohon Dan Melewati Tarikh Tutup Iklan.

Permohonan hendaklah sampai kepada :

YANG DIPERTUA,
MAJLIS DAERAH REMBAU,
71309 REMBAU,
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.
Sebelum atau pada : 11 JULAI 2021
No. Fail Rujukan : MDR. 199/1 Jld.12

Catatan Am:

(a) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil untuk temuduga.

(b) Permohonan yang tidak menerima jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup, hendaklah mengganggap permohonan mereka tidak berjaya.


Tarikh Tutup Permohonan : 11 Julai 2021 (Ahad)


Klik Untuk Baca Iklan Lengkap


Jom Join Telegram Khas : Kerja Kosong Negeri Sembilan
Jom Join Telegram Khas : Pilih Channel Telegram Mengikut Negeri

Post a Comment