Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) - 30 Ogos 2021

Post a Comment
Jawatan Kosong 2021 di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

Jawatan Kosong 2020 di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

Latar Belakang

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atau nama asalnya Balai Pustaka ditubuhkan pada 22 Jun 1956 di Johor Bharu, Johor sebagai sebuah jabatan kecil di bawah Kementerian Pelajaran. Penubuhan DBP adalah untuk mengembangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara yang akan merdeka ketika itu. Di peringkat awal itu, DBP mengorak usaha murninya di Bukit Timbalan, Johor Bharu.

Hasil Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu III yang berlangsung di Singapura dan Johor Bharu pada 16 - 21 September 1956, kerajaan telah menerima cadangan kongres yang mahu menamakan Balai Pustaka dengan nama Dewan Bahasa dan Pustaka. Di samping itu juga, DBP dinaikkan taraf sebagai badan yang mempunyai anggota lembaganya sendiri.
Join Group KhasBanyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:

1. EKSEKUTIF PEMASARAN KANAN T41

2. EKSEKUTIF PEMASARAN T29

3. PEMBANTU EKSEKUTIF PEMASARAN T22

4. PEMBANTU PEMASARAN KANAN T19

5. PEMBANTU EKSEKUTIF KEWANGAN TW19

6. PEMBANTU PEMASARAN T11


Taraf Perkhidmatan : Kontrak untuk Perkhidmatan (Contract for Service)

Syarat Lantikan dan Upah:

i. Eksekutif Pemasaran Kanan (T41)

a. Ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusiinstitusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Upah sebulan: RM3,650.00); atau

b. Ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Upah sebulan: RM3,850.00); dan

c. Memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

d. Bidang keutamaan yang diperlukan: Perniagaan dan pemasaran.


ii. Eksekutif Pemasaran (T29)

a. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan (Upah sebulan: RM3,360.00); atau

b. Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Upah sebulan: RM3,400.00); dan

c. Memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

d. Bidang keutamaan yang diperlukan: Perniagaan, pemasaran dan teknologi maklumat.


iii. Pembantu Eksekutif Pemasaran (T22)

a. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan (Upah sebulan: RM3,180.00); dan

b. Memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

c. Keutamaan bagi pemohon yang mempunyai pengalaman dalam bidang atau skop kerja pentadbiran, kawal selia stok dan penstoran.


iv. Pembantu Pemasaran Kanan (T19)

a. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan (Upah sebulan: RM2,170.00); atau

b. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Upah sebulan: RM2,220.00); atau

c. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Upah sebulan: RM2,280.00); dan

d. Memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


v. Pembantu Eksekutif Kewangan (TW19)

a. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan kepujian dalam subjek Matematik, Perdagangan atau Prinsip Perakaunan pada peringkat peperiksaan tersebut (Upah sebulan: RM2,170.00); atau

b. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Upah sebulan: RM2,220.00); atau

c. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Upah sebulan: RM2,220.00); atau

d. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Upah sebulan: RM2,280.00); atau

e. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Upah sebulan: RM2,280.00); dan

f. Memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


vi. Pembantu Pemasaran (T11)

a. Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan (Upah sebulan: RM2,090.00); atau

b. Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan memiliki lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)] (Upah sebulan: RM2,140.00); dan

c. Memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


Cara Memohon:

i. Pemohon yang memenuhi syarat yang ditetapkan dan berminat hendaklah mendaftar dan memohon secara dalam talian melalui pautan rasmi epengambilan.dbp.gov.my.

ii. Pemohon boleh merujuk manual pengguna yang disediakan bagi tujuan pendaftaran akaun dan permohonan jawatan.

iii. Sebarang pertanyaan, pemohon boleh menghubungi nombor telefon atau e-mel yang berikut:


Nombor Telefon:
03 - 21479331 (bantuan teknikal)
03 – 21479346 (pertanyaan umum)
Masa Panggilan : 10.00 pagi hingga 3.00 petang (Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum)
E-mel: pengambilan@dbp.gov.my


Keterangan Am :

i. Pemohon yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk menghadiri temu duga. Pemohon yang tidak menerima jawapan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup permohonan ini dianggap tidak berjaya.

ii. Segala keputusan dalam urusan ini muktamad.


* Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah.


Tarikh Tutup Permohonan : 30 Ogos 2021 (Isnin)


Klik Untuk Baca Iklan Lengkap

Post a Comment