Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Institut Koperasi Malaysia - 7 September 2021

Post a Comment
Jawatan Kosong 2021 di Institut Koperasi Malaysia | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Institut Koperasi Malaysia

Jawatan Kosong 2021 di Institut Koperasi Malaysia

Latar Belakang

Institut Koperasi Malaysia (IKM) yang sebelum ini dikenali sebagai Maktab Kerjasama Malaysia dan Maktab Koperasi Malaysia merupakan satu-satunya pusat latihan koperasi di negara ini.

Ketika ditubuhkan pada tahun 1956, keperluan kewangannya dibiayai oleh Colonial Welfare dan Development Fund, manakala kerajaan pula telah memberikan sumbangan yang amat besar bagi menggalakkan pembangunan IKM keseluruhannya.

Pada tahun 1968, IKM telah diiktiraf sebagai sebuah badan berkanun melalui Akta Maktab Kerjasama (Perbadanan) 1968 yang diluluskan oleh Parlimen pada 11 September 1968. Sesuai dengan peredaran masa, Parlimen telah meluluskan Akta Institut Koperasi (Pemerbadanan) 1968 (Pindaan 2019) [Akta A1589] berkuatkuasa pada 5 Mei 2019 bertujuan untuk memperkemaskan tadbir urus IKM supaya dapat merancang dan menjalankan program yang inovatif dan kreatif bagi menyokong pembangunan gerakan koperasi.

IKM pernah diletakkan di bawah beberapa kementerian antaranya Kementerian Pertanian dan juga Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi. Mulai tahun 2009, IKM telah diletakkan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan kini IKM telah diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC)
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:

1. PEGAWAI PENERANGAN GRED S48/ PENGARAH KOMUNIKASI KORPORAT (Contract of Service)


Syarat Kelayakan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

a) Warganegara Malaysia;

b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

c) Mempunyai kelulusan:

i) Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

ii) Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa dengan kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

iii) Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dengan sekurang-kurangnya 15 tahun pengalaman dalam bidang Komunikasi Korporat/Pengurusan/ Pentadbiran organisasi boleh dipertimbangkan untuk lantikan secara Contract For Service tertakluk kepada kelulusan Pihak Berkuasa Melantik

d) Calon yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda hendaklah mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan minimum lima (5) tahun ;

i) Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai kemahiran mengurus hal ehwal korporat dan melaksanakan ENGAGEMENT dengan pihak media/ stakeholder, keberkesanan perancangan dan pelaksanaan media berhubung dengan publisiti, promosi dan kempen serta berkeupayaan melaksanakan pemerkasaan imej organisasi.

ii) Berkemahiran dalam penguasaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam penulisan dan komunikasi.

iii) Skop tugas seperti di Lampiran., dan

Calon hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Cara Memohon:

a) Membuat permohonan melalui mana-mana kaedah berikut:

i) Portal eJawatan IKM iaitu: http://ejawatan.ikkm.edu.my/spp/login.cfm atau (link di bawah)
ii) Portal MYFutureJobs iaitu: https://www.myfuturejobs.gov.my atau (link di bawah)
iii) Emel kepada: jawatankosong@ikkm.edu.my

sama ada menggunakan Borang Permohohan Jawatan Kosong yang boleh didapati di Laman Web Institut Koperasi Malaysia (www.ikkm.edu.my) atau menghantar RESUME beserta salinan sijil yang telah disahkan.


Perhatian:

Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.


* Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah.

Post a Comment