Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) - 24 Ogos 2021 [19 Kekosongan]

Post a Comment
Jawatan Kosong 2021 di Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)

Jawatan Kosong 2021 di Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)

Pengenalan

Jabatan Kemajuan Masyarakat atau lebih sinonim dikalangan khalayak umum sebagai KEMAS adalah lanjutan dari Bahagian Pelajaran Dewasa yang telah ditubuhkan pada 1961, melalui kertas kabinet Bil.385/25/60 dengan memberi fokus utama kepada program “Pembasmian Buta Huruf”.

Menjelang tahun 1977, gerakan membasmi buta huruf ini telah dipertingkatkan dengan pengenalan konsep ‘Functional Literacy’ oleh UNESCO sebagai satu usaha untuk menjadikan gerakan membasmi kemiskinan sebagai salah satu strategi membangunkan masyarakat luar bandar.

Berikutan pelancaran “Dasar Ekonomi Baru” (1970), Bahagian ini telah ditukar namanya kepada “Bahagian Kemajuan Masyarakat” (KEMAS) dengan penekanan kepada usaha-usaha pembangunan masyarakat dalam erti kata sebenar.
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:

1. PENOLONG JURUTERA (AWAM) GRED JA29 - 12 Kekosongan

2. PENOLONG JURUTERA (ELEKTRIK) GRED JA29 - 7 Kekosongan


Syarat Lantikan:

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 21 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) Calon hendaklah memiliki kepujian (Sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan

(d) Memiliki diploma akademik dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. Salah satu bidang yang diberi keutamaan adalah seperti berikut:

i. Diploma Kejuruteraan Awam
ii. Diploma Kejuruteraan Elektrik

(e) Telah menamatkan pengajian dan mempunyai skrol diploma serta transkrip (telah selesai Majlis Konvokesyen);

(f) Memiliki Nilai CGPA 3.00 ke atas;

(g) Pengalaman kerja dalam bidang berkaitan sekurang-kurangnya 12 bulan boleh diberikan keutamaan;

(h) Mempunyai kemahiran dalam bidang menganalisa data / maklumat adalah satu kelebihan;

(i) Mahir menggunakan perisian Microsoft Office;

(j) Mempunyai Lesen Memandu Kelas B2 atau D.


Cara Memohon:

(a) Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian di kis.kemas.gov.my (link admin ada sediakan di bawah) mulai 11 Ogos 2021 (Rabu)

(b) Calon hanya dibenarkan mengisi satu (1) jawatan sahaja.

(c) Permohonan yang lewat diterima atau tidak mengikut syarat yang dinyatakan akan ditolak.

(d) Hanya permohonan yang dibuat secara atas talian sahaja yang akan diterima.


Perhatian:

(a) Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk sesi temu duga.

(b) Calon yang tidak dihubungi selepas tiga (3) bulan daripada tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya. Surat pemberitahuan tidak akan dikeluarkan oleh Jabatan.



Tarikh Tutup Permohonan : 24 Ogos 2021 (Selasa)



https://www.banyakjawatan.my/p/telegram-channel-setiap-negeri.html

Post a Comment