Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Korporasi Kemajuan Perikanan Dan Nelayan Sabah (Ko-Nelayan) - 9 Ogos 2021

Post a Comment
Jawatan Kosong 2021 di Korporasi Kemajuan Perikanan Dan Nelayan Sabah (Ko-Nelayan) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Korporasi Kemajuan Perikanan Dan Nelayan Sabah (Ko-Nelayan)

Jawatan Kosong 2021 di Korporasi Kemajuan Perikanan Dan Nelayan Sabah (Ko-Nelayan)

Latar Belakang

Kerajaan Negeri Sabah telah menubuhkan KO-NELAYAN pada tahun 1978 dan mendaftarkannya di bawah Ordinan Syarikat Kerjasama Negeri Sabah 1958 sebagai Koperasi Serbaguna Nelayan Sabah Berhad dan diletakkan di bawah bidang kuasa Jabatan Ketua Menteri. Namun pada tahun 1981, sebuah badan berkanun telah diwujudkan dan dikenali sebagai KORPORASI KEMAJUAN PERIKANAN DAN NELAYAN SABAH (KO-NELAYAN) yang ditubuhkan di bawah Enakmen Korporasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah (KO-NELAYAN) (No.4/81).

Penubuhan tersebut berkuat kuasa pada 1 Mei 1981 dan pendaftaran awalnya sebagai sebuah koperasi telah dibatalkan pada 30 Jun 1981. Matlamat Korporasi adalah untuk memperbaiki kedudukan ekonomi dan sosial masyarakat nelayan di Sabah, khususnya yang miskin; untuk memajukan dan membantu dalam penubuhan syarikat-syarikat kerjasama nelayan; untuk meningkatkan pengeluaran perusahaan perikanan dan mempercepat kemajuan akuakultur; untuk menggalakkan cara-cara menangkap ikan yang moden, progresif dan bertaraf perdagangan; dan untuk menaja dan memajukan sekumpulan peniaga tempatan yang mahir dalam memberikan perkhidmatan sokongan termasuk pemprosesan, pemasaran dan pembahagian, dalam perusahaan perikanan. Penubuhan Badan Berkanun Negeri ini adalah untuk membolehkan operasi dan aktiviti kerajaan dapat dilaksanakan dengan cekap dan sistematik di bawah peraturan yang telah ditetapkan. Dengan peranan sedemikian, KO-NELAYAN telah dipertanggungjawabkan kepada Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan Negeri Sabah selaku agensi pelaksana semenjak tahun 1980.

Fungsi Korporasi adalah untuk mengusahakan projek perikanan dan akuakultur dengan menekankan kemajuan masyarakat nelayan; mewujudkan pekerjaan dan peluang-peluang ekonomi yang mendatangkan hasil bagi masyarakat nelayan; menubuhkan projek perniagaan dalam bidang perikanan dengan sendiri atau secara usaha sama dengan pihak berkuasa awam yang lain, syarikat awam atau swasta atau nelayan; mengusahakan pemprosesan dan pemasaran semua hasil perikanan termasuk import dan eksport; mengusahakan perkhidmatan pengangkutan, dan mengadakan kemudahan kredit bagi perusahaan perikanan; menubuhkan suatu agensi pemasaran bagi mengusahakan pemasaran semua hasil perikanan termasuk eksport dan import; menaja rancangan sosial seperti pemakanan, perkhidmatan kesihatan, perkembangan penduduk, kawalan alam sekitar, perumahan, pelajaran prasekolah dan dewasa yang lebih baik dan rancangan sosial yang lain bagi masyarakat nelayan; melakukan semua tindakan dan perkara yang lain sebagaimana yang perlu dan mustahak bagi mencapai maksud-maksud korporasi; memajukan, membantu, menyokong, mengusahakan, mendorong dan menggalakkan semua pembangunan ekonomi dan sosial mana-mana pertubuhan nelayan di negeri ini atau menguruskan apa-apa perkara yang berkaitan dengannya; dan membantu dalam pendaftaran, kawalan dan penyeliaan mana-mana pertubuhan nelayan yang ditubuhkan di bawah Akta Persatuan Nelayan, 1971, di negeri ini dan menguruskan apa-apa perkara yang berkaitan dengannya.
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Like FB Page Khas - Kerja Kosong Negeri Sabah
Jawatan:

1. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKANAN / GRED N29


Bidang Tugas:

Bertanggungjawab menyelia dan melaksanakan pengeluaran produk hiliran berasaskan perikanan, membantu dalam penambahbaikan produk sedia ada dan kajian pengeluaran produk-produk baharu dan peningkatan ekonomi masyarakat nelayan khususnya pengusaha industri perikanan melalui program incubator dan membantu dalam urusan sumber manusia dan pentadbiran pejabat kilang di Kilang Perusahaan Hiliran, Kudat.


Keutamaan:

Mempunyai latar belakang pencapaian akademik yang baik, iaitu mencapai PNGK 3.00 atau yang setaraf dengannya dan mempunyai pengetahuan serta pengalaman sekurang-kurang TIGA (3) tahun dalam bidang teknologi makanan


Syarat Kelayakan & Lantikan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

Diploma dalam bidang teknologi makanan atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya

DAN

Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Arahan Dan Cara Memohon:

1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang KN-1 yang boleh didapati dalam pautan JAWATAN KOSONG melalui link yang disediakan di bawah

2. Sila cetak dan lengkapkan maklumat. Borang Permohonan Jawatan yang telah dilengkapkan hendaklah dikemukakan secara hantaran pos sebelum tarikh tutup permohonan kepada alamat berikut:-

PENGURUS BESAR,
KORPORASI KEMAJUAN PERIKANAN DAN NELAYAN SABAH (KO-NELAYAN),
ARAS 4, BLOK A, WISMA PERTANIAN SABAH,
JALAN TASIK (OFF JALAN MAKTAB GAYA) LUYANG,
BEG BERKUNCI 150,
88994 KOTA KINABALU.
(U.P : UNIT SUMBER MANUSIA
NO. TEL : 088-294301/305

3. Pemohon perlu menyertakan dokumen-dokumen yang lengkap dan diakui sah benar oleh pegawai dari Kumpulan Pengurusan & Profesional berdasarkan senarai semak yang dikemukakan bersama-sama borang permohonan. Dokumen hendaklah mengikut susunan di dalam senarai semak permohonan jawatan berkenaan

4. Gambar yang dikemukakan hendaklah menggunakan gambar passport terkini berlatarkan warna biru. Selain daripada gambar passport adalah tidak dibenarkan.


Catatan Am:

1. Sebarang permohonan yang tidak lengkap atau lewat dan tidak memenuhi syarat tidak akan dipertimbangkan dan akan dianggap tidak berjaya

2. Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga.

3. Calon yang tidak menerima sebarang maklumbalas dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan, adalah dianggap tidak berjaya.


Tarikh Tutup Permohonan : 09 Ogos 2021 (Isnin)



Jom Join Telegram Khas : Kerja Kosong Negeri Sabah

Post a Comment