Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) - 25 Ogos 2021

Post a Comment
Jawatan Kosong 2021 di Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Perbandaran Jasin (MPJ)

Jawatan Kosong 2021 di Majlis Perbandaran Jasin (MPJ)

Pengenalan

Penubuhan Majlis Daerah Luar Bandar Jasin (Jasin Rural District Council) telah diwartakan dibawah seksyen 399, Municipal Ordinan yang berkuatkuasa mulai 23 Ogos 1957.

Dengan berkuatkuasanya Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), maka pada 1 Julai 1978, Majlis Daerah Luar Bandar Jasin telah disusun semula dan dinamakan sebagai Majlis Daerah Jasin.

Pada 1 Januari 2007, Majlis Daerah Jasin telah dinaiktaraf kepada Majlis Perbandaran Jasin melalui Warta Kerajaan yang disiarkan pada 28 Disember 2006. Majlis Pengisytiharan rasmi telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama, Yang Dipertua Negeri Melaka pada 17 Januari 2007 di Stadium Jasin.

Pejabat  Majlis Perbandaran Jasin terletak di Jalan Besar Jasin. Bangunan pejabat  ini telah dibina pada 12 Mei 1937 oleh Persatuan India Jasin semasa  pemerintahan Raja George VI.
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Like FB Page Khas - Kerja Kosong Negeri Melaka
Jawatan:

1. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA JA29

2. PENOLONG JURUTERA JA29

3. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29

4. PEMBANTU KEMAHIRAN H19

5. PEMANDU KENDERAAN H11

6. PENGHANTAR NOTIS N11



Cara-cara Memohon:

(a) Permohonan hendaklah dibuat melalui Borang Perjawatan Majlis Perbandaran Jasin.

(b) Borang boleh didapati dengan melayari Laman Web Rasmi Majlis Perbandaran Jasin (http://www.mpjasin.gov.my).

(c) Borang permohonan hendaklah disertakan dengan gambar dan salinan Sijil Kelahiran, Sijil Kelulusan, Sijil Berhenti Sekolah serta lain-lain dokumen yang berkaitan. (Setiap salinan perlu diakui sah oleh mana – mana Kakitangan Kerajaan Kumpulan Pengurusan Dan Profesional ke atas dan Penghulu Kerajaan Sahaja).

(d) Pegawai-pegawai Kerajaan / Badan-badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan yang sedang berkhidmat dikehendaki membuat permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab A dan melampirkan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang telah dikemaskini serta Laporan Penilaian Prestasi 3 tahun yang terkini.

(e) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada:-

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN JASIN
VISTA ALAMANDA
77000 JASIN
MELAKA.

(f) Tarikh tutup permohonan ialah pada 25 Ogos 2021.

(g) Permohonan yang berikut akan ditolak sekiranya :-

a) Tidak disertakan dokumen yang diperlukan
b) Tidak lengkap
c) Tidak memenuhi syarat-syarat dalam iklan
d) Tidak menandatangani borang permohonan


Catatan:

(a) Hanya calon-calon yang berkelayakan dan berjaya melepasi tapisan akan dipanggil untuk temuduga.

(b) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan atau setelah di temuduga tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan / temuduga hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

(c) Pentadbiran Majlis tidak akan bertanggungjawab atau menanggung segala perbelanjaan berkaitan dengan temuduga.


* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap yang admin sediakan di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 25 Ogos 2021 (Rabu)

Post a Comment