Jawatan Kosong 2021 di National Institutes Of Biotechnology Malaysia (NIBM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di National Institutes Of Biotechnology Malaysia (NIBM)
Company Overview
The government of Malaysia has identified biotechnology as another potential area to be the engine of growth. In 2002, three interim laboratories - Genomic & Molecular Biology; Agro-Biotechnology; and Pharmaceuticals & Nutraceuticals were established to provide research infrastructure for the 8th Malaysia Plan for National Biotechnology Agenda led by the Biotechnology Cooperative Centres (BCCs).
The government of Malaysia has identified biotechnology as another potential area to be the engine of growth. In 2002, three interim laboratories - Genomic & Molecular Biology; Agro-Biotechnology; and Pharmaceuticals & Nutraceuticals were established to provide research infrastructure for the 8th Malaysia Plan for National Biotechnology Agenda led by the Biotechnology Cooperative Centres (BCCs).
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Positions:
1. SAINTIS GRED 10 DAN 11 - 2 kekosongan
Close date : 01 September 2021
Institut Agro-Bioteknologi Malaysia (ABI)
2. SAINTIS / PEGAWAI TEKNOLOGI GRED 10 DAN 11
Institut Genom Malaysia (MGI)
Saintis - 2 kekosongan (Gred 11 & Gred 10)
Deskripsi Tugas:
- Merancang tugas-tugas penyelidikan termasuk menyediakan kertas cadangan projek penyelidikan dan memohon geran penyelidikan;
- Melaksana penyelidikan dan menyediakan laporan kemajuan serta pembentangan kerja setiap bulan bagi projek-projek penyelidikan yang
- diluluskan;
- Melaksana penyelidikan dan pemindahan teknologi STI melalui khidmat nasihat kepakaran, pelaksanaan projek, latihan atau bengkel kepada
- stakeholder/penerima manfaat;
- Membuat aktiviti pembangunan produk dan menjana pendapatan melalui pengkomersilan produk penyelidikan atau aktiviti perkhidmatan STI;
- Membuat jaringan kerjasama strategik dengan IPTA/RI/Industri di peringkat Nasional atau Antarabangsa;
- Menulis draf penerbitan hasil projek penyelidikan dalam jurnal saintifik atau mendapatkan perlindungan Harta Intelek;
- Terlibat dalam program latihan atau bengkel sebagai fasilitator/pelatih atau menjadi urusetia dalam persidangan;
- Menghadiri seminar, bengkel, pameran, persidangan yang berkaitan dengan penyelidikan dan pembangunan dalam bidang berkaitan;
- Membuat permohonan alatan makmal, bahan kimia dan bahan pakai habis yang diperlukan untuk melaksanakan kerja penyelidikan;
- Bertanggungjawab memastikan makmal dalam keadaan selamat dan keperluan yang diperlukan bagi menjalankan penyelidikan; dan
- Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.
Kelayakan dan pengalaman:
- Warganegara Malaysia;
- Mempunyai Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah Sarjana dalam bidang Sains/Pertanian/Perikanan/Veterinar yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
- Mempunyai pengalaman dalam bidang pembangunan dan penyelidikan (R&D) melalui penglibatan/keahlian mana-mana persatuan atau badan penyelidikan dan penerbitan berimpak tinggi; dan
- Mempunyai sekurang-kurangnya 1 tahun pengalaman bekerja (Ijazah Sarjana Muda) atau 3 tahun pengalaman bekerja (Ijazah Sarjana) dalam bidang yang berkaitan.
Saintis / Pegawai Teknologi (Gred 11 atau Gred 10)
Deskripsi Tugas:
- Mengendali platform Gas Chromatography Mass Spectrometry (GCMS) untuk penyelidikan dan perkhidmatan analisis saintifik;
- Merancang Bajet Operasi, penyelenggaraan dan penaiktarafan platform;
- Melaksanakan tugasan pentadbiran mengikut keperluan institut; dan
- Menjalankan ujian saringan sampel Covid-19.
Kelayakan dan pengalaman:
- Warganegara Malaysia;
- Mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Bioteknologi atau Sains yang berkaitan (research mode);
- Pengalaman melaksanakan kerja-kerja penyelidikan Bioteknologi atau Sains berkaitan sekurang-kurangnya 5 tahun;
- Telah menerbitkan sekurang-kurangnya 2 jurnal penyelidikan saintifik dalam jurnal berindeks;
- Pengalaman membentangkan hasil penyelidikan di persidangan saintifik di dalam atau luar negara;
- Kemahiran mengendalikan platform GCMS sekurang-kurangnya 3 tahun;
- Kemahiran dalam bidang Bioteknologi sekurang-kurangnya 5 tahun;
- Berkemahiran dalam Teknik qPCR; dan
- Mempunyai pengetahuan dan pengalaman berkaitan pembangunan dokumen pensijilan ISO.
Cara membuat permohonan:
Calon-calon yang memenuhi keperluan dan syarat-syarat kelayakan yang tertera di atas dipelawa menghantar resume yang lengkap dengan menyertakan butir-butir peribadi, kelayakan serta pengalaman, nombor telefon untuk dihubungi, salinan sijil-sijil berkaitan serta sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan) kepada:
JABATAN SUMBER MANUSIA DAN PENTADBIRAN,
NATIONAL INSTITUTES OF BIOTECHNOLOGY MALAYSIA,
Pejabat Pentadbiran, Aras 1,
Kompleks Agro-Biotechnology Institute (ABI),
d/a Ibu Pejabat MARDI, 43400 Serdang, Selangor.
Tel: 03-8949 5620
Emel:recruitment@nibm.my
Hanya calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dihubungi.
Close date : 01 September 2021