Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan - 1 September 2021

Post a Comment
Jawatan Kosong 2021 di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan

Jawatan Kosong 2021 di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan

Sejarah

Pada abad ke -19 hingga awal abad ke - 20 tugas – tugas kesetiausahaan seperti menulis surat – surat DiRaja dan surat – surat rasmi Kerajaan telah dilaksanakan oleh "Semian" (Tok Semian). Perkataan "Semian" berasal dari bahasa Siam yang bermakna "jurutulis" .Di akhir abad ke – 19 pejabat Semian terletak di bangunan panjang yang diperbuat daripada kayu di hadapan Istana Balai Besar dan dikenali sebagai "Opis Panjang" yang dibina pada awal pemerintahan Sultan Mansor(1891—1899).

Di awal  pemerintahan Sultan Muhammad IV (1899—1920) telah dibina sebuah bangunan kayu berbentuk empat persegi yang dikenali sebagai  "Opis Pohon Celagi". Pejabat Setiausaha Kerajaan juga pernah ditempatkan di Bangunan Takdir, Jalan Sultan Ibrahim, di sebelah Pejabat Pos Lama, Kota Bharu.

Semasa Pendudukan Jepun dalam tahun 1942 sebuah bangunan baru bagi Pejabat Setiausaha Kerajaan telah dipindahkan ke bangunan baru di Jalan Hospital / Jalan Doktor. Setelah siapnya bangunan baru di Kampung Puteh, Jalan Kuala Krai maka pada bulan Mac 1987, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan mulai ditempatkan di Kota Darulnaim, Kota Bharu, Kelantan
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Like FB Page Khas - Kerja Kosong Negeri Kelantan
Jawatan:

1. PENOLONG PEGAWAI VETERINAR G29

2. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19

3. PEMBANTU AWAM H11

4. PENGAWAL KESELAMATAN KP11


Cara Memohon

Permohonan jawatan ini hendaklah diisi secara online sahaja. Link admin ada sediakan di bawah.


Maklumat Am
  • Calon-calon hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 58 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  • Pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat Lantikan Tetap dengan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan TIDAK LAYAK MEMOHON.
  • Sebarang pemberitahuan mengenai urusan seterusnya termasuk temuduga akan dimaklumkan melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) atau emel. Tiada surat akan dihantar.
  • Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas EMPAT (4) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap TIDAK BERJAYA.


Keterangan Lanjut

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Blok 2, Aras 1,
Kompleks Kota Darulnaim,
15503 KOTA BHARU
 Seksyen Pembangunan Organisasi
 (09) 747 0890
 (09) 748 1957 samb. 2142 atau 2119


* Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah.


Tarikh Tutup Permohonan : 01 September 2021 (Rabu), jam 11.59 malam


Klik Untuk Baca Iklan Lengkap


Jom Join Telegram Khas : Kerja Kosong Negeri Kelantan

Post a Comment