Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) - 20 September 2021

Post a Comment
Jawatan Kosong 2021 di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)

Jawatan Kosong 2021 di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)

Latar Belakang

AKADEMI SENI KEBANGSAAN (ASK) yang ditubuhkan pada tahun 1994 dibawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia kini dikenali sebagai AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN (ASWARA) berkuatkuasa pada 1 Ogos 2006 melalui AKTA Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan 2006 (Akta 653)

ASWARA merupakan satu-satunya institusi pengajian tinggi dalam bidang persembahan yang didokongi sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia dibawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia. Ia merupakan sebuah institusi pengajian tinggi yang menyediakan ruang pembelajaran, penyelidikan dan penerbitan akedemik serta khidmat nasihat professional dalam bidang seni budaya dan warisan yang bertujuan menghasilkan seniman yang mahir dan karyawan yang berwibawa dalam bidangnya disamping memantapkan kesinambungan warisan seni negara. Pada prinsipnya ASWARA menumpukan kepada pendidikan seni bagi melahirkan “performers” yang berilmu dan professional bagi mengisi industri seni negara.
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:

1. PEGAWAI PERSONEL MYSTEP

Kadar Upah: RM1,600.00 (MIN) – RM2,000.00 (MAKS) 


Kriteria Lantikan:

a) Warganegara Malaysia;

b) Berumur antara 18 hingga 35 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

c) Memiliki kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia peringkat SPM;

d) Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang setaraf dengannya oleh Kerajaan;

e) Mempunyai kebolehan komunikasi dan hubungan interpersonal yang baik; DAN

f) Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia/ Bahasa Inggeris dengan baik dan boleh menguasai MS Office (Word, Excel)


Catatan Am:

• Hanya pemohon-pemohon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

• Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas satu (1) bulan dari tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.


Penaklukan Di Bawah Syarat-syarat Skim Perkhidmatan:

• Kadar Upah (mengikut output tugas). Kadar upah akan ditentukan melalui hasil kerja yang tercapai oleh Personel MySTEP berpandukan kompleksiti tugas tahap kelayakan akademik dan kadar upah mengikut tempoh perkhidmatan sebulan termasuk caruman KWSP dan PERKESO.

• Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaanpindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.


Cara Memohon:

a) Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Perjawatan ASWARA yang boleh diperolehi dengan memuat turun borang tersebut di laman Web ASWARA iaitu di www.aswara.edu.my

b) Permohonan yang telah dilengkapkan perlu disertakan dengan sekeping gambar terbaharu berukuran passport, salinan sijil kelahiran, salinan kad pengenalan, salinan sijil-sijil persekolahan dan kelulusan, resume dan dokumen-dokumen sokongan serta sijil-sijil yang berkaitan yang telah disahkan.

c) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dan di sudut atas sebelah kiri sampul surat hendaklah ditulis nama jawatan dipohon.

d) Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar ke alamat di bawah sebelum atau pada 20 September 2021.

Rektor
Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
464, Jalan Tun Ismail,
50480 KUALA LUMPUR.
(u.p: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)
Tel : 03-2778 5999 / 2001 / 5940 / 5938


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 20 September 2021



Post a Comment