Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Institut Pendidikan Berterusan Dan Pengajian Profesional (ICEPS) Universiti Teknologi Mara - 10 September 2021

Post a Comment
Jawatan Kosong 2021 di Institut Pendidikan Berterusan Dan Pengajian Profesional (ICEPS) Universiti Teknologi Mara | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Institut Pendidikan Berterusan Dan Pengajian Profesional (ICEPS) Universiti Teknologi Mara

Jawatan Kosong 2021 di Institut Pendidikan Berterusan Dan Pengajian Profesional (ICEPS) Universiti Teknologi Mara

About

Institute of Continuing Education and Profesional Studies,uitm part time distance learning program through lms vle iclass mooc openlearning digital content.
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:

1. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT


Syarat Kelayakan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a) Terdiri daripada Warganegara Malaysia

b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

c) i) Sijil dalam Bidang Teknologi Maklumat atau Prosesan Data yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred FA29 : RM1,549.00) atau

ii) Sijil dalam Bidang Kejuruteraan Komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred FA29 : RM1,549.00) atau

iii) Diploma dalam Bidang Sains Komputer atau Teknologi Maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji Permulaan pada Gred FA29 : RM1,855.00) atau

iv) Diploma dalam Bidang Kejuruteraan Elektronik (komputer) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya. (Gaji Permulaan pada Gred FA29 : RM1,929.89) 

d) Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu sekurang-kurangnya Gred C, termasuk lulus Ujian Lisan dan (5 subjek yang lain termasuk Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah dan pilihan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab membangun program baharu untuk sesuatu sistem gunaan komputer, memperkembangkan sistem komputer yang sedia ada bagi memenuhi keperluan semasa. Penyelenggaraan sistem dan memberikan latihan serta bantuan terknikal kepada pihak pengguna.


Nota:

Keutamaan diberi kepada calon di dalam bidang multimedia.

iii. PERHATIAN KEPADA PEMOHON

a. Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan.

b. Setiap permohonan MESTILAH disertai dengan salinan sijil-sijil yang disahkan.

c. Hanya permohonan yang ditapis-senarai akan dipanggil untuk temuduga.

d. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.


Permohonan:

Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Perjawatan Institut Pendidikan Berterusan dan Pengajian Profesional (iCEPS), Universiti Teknologi MARA yang boleh dimuat turun di laman sesawang https://iceps.uitm.edu.my atau boleh didapati di Kaunter Khidmat Pelanggan, Institut Pendidikan Berterusan dan Pengajian Profesional (iCEPS).

Sila kembalikan borang permohonan yang telah lengkap ke:

PENOLONG PENDAFTAR
BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN SUMBER MANUSIA
INSTITUT PENDIDIKAN BERTERUSAN DAN PENGAJIAN PROFESIONAL (iCEPS)
ARAS 1, UiTM - MTDC TECHNOPRENEUR CENTRE
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
40450 SHAH ALAM
SELANGOR


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 10 September 2021 (Jumaat)




Post a Comment