Jawatan Kosong Kerajaan 2021 di Jabatan Perikanan Malaysia | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Jabatan Perikanan Malaysia
Latar Belakang
Sejarah Jabatan Perikanan bermula apabila kerajaan British menubuhkan Unit Perikanan Kolonil pada tahun 1894 dan diletakkan di bawah Pejabat Setiausaha Rendah Bagi Negeri-Negeri Selatan. Unit ini bertanggungjawab mengawal aktiviti perikanan di Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.
Pada waktu itu, aktiviti perikanan diusahakan secara kecil-kecilan sebagai saradiri penduduk yang tinggal di tepi pantai dan muara sungai. Pada tahun 1904, satu kajian awal mengenai spesis ikan laut telah dijalankan di pantai barat Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Pada masa yang sama penghijrahan penduduk dari selatan Thailand negeri Perlis, Kedah dan Kelantan semakin ramai. Sebahagian daripada mereka telah menjalankan aktiviti menangkap ikan sebagai punca pendapatan. "Ordinan Perikanan" telah diperkenalkan pada tahun 1909 bagi mengawal aktiviti perikanan.

Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Jawatan:
1. PENOLONG PUSTAKAWAN S29
Kelayakan:
Diploma dalam bidang Sains Pengajian Maklumat (Pengurusan Perpustakaan dan Maklumat atau Pengurusan Sumber Maklumat) atau setara.
Sila hantar resume/CV (dalam format PDF) beserta emel iringan menyatakan jawatan yang dipohon ke alamat emel seperti di bawah:
Emel : nummeran@dof.gov.my
: noorikhwanie@dof.gov.my
Alamat: Bahagian Pengembangan dan Pemindahan Teknologi, Aras 3, Podium 1, Blok 4G2, Wisma Tani, No. 30, Persiaran Perdana, Presint 4, 62628, Putrajaya
Tarikh Tutup Permohonan : 13 September 2021 (Isnin) sebelum jam 5.00 petang.