Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) - 26 September 2021

Post a Comment
Jawatan Kosong 2021 di Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR)

Jawatan Kosong 2021 di Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR)

Latar belakang

Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) merupakan sebuah Lembaga Kemajuan Wilayah yang ditubuhkan pada 2 Mac 1978 di bawah Akta Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan 1978 (Akta 203). Pelancaran perasmian penubuhannya disempurnakan oleh Allahyarham Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia Ketiga pada 5 Mac 1978 bertempat di Kampung Batu Gajah, Tanah Merah, Kelantan. Penubuhan KESEDAR bertujuan mengimbangi komposisi penduduk di antara Kelantan Selatan dengan Kelantan Utara, membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.

Kawasan Kelantan Selatan merupakan kawasan yang berbukit-bukau dimana hampir 50% daripadanya mempunyai kecerunan lebih daripada 25° dan hanya 10% sahaja yang mempunyai kecerunan kurang daripada 15°. Walaupun mempunyai kawasan yang luas namun hanya 20% sahaja yang berpotensi untuk pembangunan sektor pertanian.
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Like FB Page Khas - Kerja Kosong Negeri Kelantan
Jawatan:

1. PENYELIA PERTANIAN - 1 KEKOSONGAN
(RM 1,500 - RM 5,000)

2. PEMBANTU PENYELIA (LADANG) - 4 KEKOSONGAN
(RM 1,300 - RM 4,000)

3. PEMBANTU PENYELIA (TERNAKAN) - 1 KEKOSONGAN
(RM 1,300 - RM 4,000)

4. KERANI - 1 KEKOSONGAN
(RM 1,300 - RM 4,000)


Cara Permohonan:

i. Permohonan secara bertulis dengan menyatakan resume, gambar terbaharu berukuran pasport, salinan sijil/ ijazah dan dokumen berkaitan ke alamat:

PENGURUS
Kesedar Dagang Sdn. Bhd.
PT2977 Jalan Kesedar Jaya 4/1, Taman Kesedar Jaya, 18300 Gua Musang, Kelantan.
Tel: 09-9123378/ 09-9125788

ii. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat diatas dengan melabel JAWATAN YANG DIPOHON pada sudut kanan atas sampul surat.

Atau

Secara atas talian ke alamat kesedardagang@gmail.com. Sila labelkan JAWATAN YANG DIPOHON dan NAMA pada tajuk email. Contoh: KERANI ABU BAKAR.


*Sila baca maklumat lengkap kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.


Tarikh Tutup Permohonan : 26 September 2021 (Ahad)


Klik Untuk Baca Iklan Lengkap

Jom Join Telegram Khas : Kerja Kosong Negeri Kelantan

Post a Comment