Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Lembaga Pelabuhan Bintulu - 10 Oktober 2021

Post a Comment
Jawatan Kosong 2021 di Lembaga Pelabuhan Bintulu | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Lembaga Lembaga Pelabuhan Bintulu

Jawatan Kosong 2021 di Lembaga Pelabuhan Bintulu

Sejarah

Lembaga Pelabuhan Bintulu ditubuhkan pada 15hb Ogos 1981 di bawah Akta Lembaga Pelabuhan Bintulu 1981 yang merupakan sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia. Tanggungjawab Lembaga Pelabuhan Bintulu meliputi pembangunan, pentadbiran, pemasaran dan pembekalan perkhidmatan pelabuhan yang lengkap dan cekap dengan matlamat untuk menjadikan Pelabuhan Bintulu sebagai pusat pengangkutan dan pengedaran yang terbesar dan paling efisien di rangkaian BIMP-EAGA. Pelabuhan Bintulu memulakan operasinya pada 1hb Januari 1983.

Pelabuhan Bintulu merupakan sebuah pelabuhan antarabangsa yang mempunyai kedudukan yang strategik di Timur Laut Sarawak iaitu di dalam laluan di antara Timur Jauh dengan Eropah. Ia juga merupakan laluan utama ekspot gas asli cecair (LNG) dari Malaysia. Di samping itu, Pelabuhan Bintulu juga menawarkan kemudahan dan peralatan yang moden serta canggih untuk pengendalian kontena, kargo pukal cecair dan kering serta kargo am.

Mulai 1 Januari 1993, operasi perkhidmatan Pelabuhan Bintulu telah diswastakan di bawah Akta Pelabuhan-Pelabuhan (Penswastaan) 1990 sejajar dengan Dasar Penswastaan Kebangsaan. Dengan penswastaan tersebut, Lembaga Pelabuhan Bintulu telah melesenkan sebuah syarikat operasi pelabuhan iaitu Bintulu Port Sdn Bhd (BPSB) untuk menjalankan operasi perkhidmatan pelabuhan dan yang berkaitan dengannya di Pelabuhan Bintulu. Syarikat Bintulu Port Sdn Bhd telah ditubuhkan pada 23hb Disember 1992 dan seterusnya memulakan operasinya pada 1hb Januari 1993. Baca lagi..
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Like FB Page Khas - Kerja Kosong Negeri Sarawak
Jawatan:

1. PENOLONG PEGAWAI LAUT GRED A29


Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan berikut:

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) (i) diploma dalam bidang pengurusan maritim yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan ialah pada Gred A29; RM1,794.00); atau

(ii) diploma dalam bidang sains nautika yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji Permulaan ialah pada A29: RM1,868.36); atau

(iii) Chief Mate of Between 500 & 3000 GT Near Coastal Trade Voyages yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan ialah pada Gred A29: RM1,868.36): atau


Cara Memohon:

a. Untuk mengisi Borang Permohonan Jawatan, Sila KLIK pada pautan (hyperlink) berikut: https://docs.google.com/forms/d/1TAGhyXGL58H0VSnlxinXS8ZZj5kaa1PkfPDsq9urxTU/edit?usp=sharing (sila muatturun iklan dan borang permohonan melalui link yang admin sediakan di bawah)

b. Pemohon hendaklah membaca arahan pada borang permohonan dengan teliti dan mengisi borang permohonan tersebut dengan lengkap.

c. Bagi pegawai-pegawai Kerajaan, Badan-badan Berkanun dan Kuasa-kuasa Tempatan hendaklah memohon melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut kehendak-kehendak P.U.(A) 1/2012, perenggan 18 dengan mengemukakan Penyata Perkhidmatan yang terkini dan Laporan Sulit termasuk LNPT untuk tempoh tiga (3) tahun berturut-turut.

d. Permohonan yang tidak dilengkapi (dimuat naik) dengan salinan gambar dan salinan sijil berkaitan atau lewat diterima serta tidak mengikut peraturan yang telah ditetapkan akan ditolak. Surat-menyurat/ e-mel tidak akan dilayan.

e. Tarikh Tutup Permohonan adalah pada 10 Oktober 2021, jam 5.00 petang

f. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan dan senarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Sebarang keputusan yang dibuat berkaitan dengan urusan ini adalah muktamad. LPB tidak akan bertanggungjawab di atas segala perbelanjaan calon untuk proses temuduga jika berkaitan.

g. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup permohonan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya; dan

h. Tempoh sah laku permohonan adalah selama enam (6) bulan dari tarikh tutup permohonan


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh tutup permohonan : 10 Oktober 2021, jam 5.00 petang


Klik Untuk Baca Iklan Lengkap

Klik Untuk Muatturun Borang Permohonan

Jom Join Telegram Khas : Kerja Kosong Negeri Sarawak

Post a Comment