Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) - 14 September 2021

Post a Comment
Jawatan Kosong 2021 di Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS)

Jawatan Kosong 2021 di Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS)

Latar Belakang

Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) ditubuhkan pada 1 Januari 1975 mengikut Seksyen 4 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).

MDHS adalah hasil gabungan :

Majlis Tempatan Asam Kumbang
Majlis Tempatan Kalumpang
Luas keseluruhan kawasan yang ditadbir oleh Majlis sehingga tahun 2015 adalah 175,670.11 hektar yang meliputi 13 mukim iaitu:.

Mukim Ulu Bernam
Mukim Sungai Tinggi
Mukim Sungai Gumut
Mukim Kuala Kalumpang
Mukim Kalumpang
Mukim Kerling
Mukim Buloh Telor
Mukim Ampang Pechah
Mukim Peretak
Mukim Rasa
Mukim Batang kali
Mukim Ulu Yam
Mukim Serendah
Join Group KhasBanyak Jawatan Kosong
Like FB Page Khas - Kerja Kosong Negeri Selangor
Jawatan:

1. PEMBANTU JURUAUDIT W19

2. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19

3. PEMBANTU OPERASI N11

4. PEMANDU KENDERAAN H11


Cara-cara memohon:

Sila klik pautan ini untuk mengisi maklumat pemohon secara online. https://mdhs.gov.my/kerjaya

Sebarang permohonan melalui surat, e-mel, fax tidak akan dipertimbangkan. Maklumat bertanda * hendaklah diisi.

Sila pilih Nama Jawatan seperti yang tertera di ruangan iklan. 

Senarai dokumen yang perlu dimuat naik (upload):

a) Gambar berukuran passport.
b) * Salinan Sijil kelahiran yang telah disahkan.
c) * Salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan.
d) * Salinan Sijil SPM yang telah disahkan.
e) * Salinan Sijil Akademik berkaitan jawatan yang dipohon sahaja yang telah disahkan.
f) Biodata Diri (Resume).
g) * Salinan Lesen Memandu yang telah disahkan.

Semua dokumen yang bertanda (*) perlu disahkan oleh Pegawai Kerajaan atau Badan Berkanun / Penghulu / Ketua Kampung / Pengerusi JKK / Pengetua / Guru Besar/ Pesuruhjaya Sumpah atau mereka yang diperakui pengesahan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.


Maklumat tambahan:

Dokumen yang perlu dimuat naik (upload) dalam Sistem Permohonan Jawatan Secara Online hendaklah:

a) diimbas (scan) terlebih dahulu
b) disimpan sebagai (.pdf atau .jpeg)
c) dikumpulkan / dihimpunkan (zip) menggunakan zip file seperti zip atau rar.


Diruangan muat naik (Sistem Online):

Sila klik butang tambah (+), pilih dan klik fail yang telah disimpan dalam bentuk zip atau rar. Kemudian fail zip atau rar akan kelihatan di ruang butang (+).

Sila klik butang hantar. Pemohon akan menerima satu notifikasi “Permohonan anda berjaya dihantar. Hanya calon yang layak sahaja akan dihubungi.“.

Setiap jawatan yang dipohon perlu disertakan dengan dokumen yang dimuat naik seperti di atas.


Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan mestilah melaluiKetua Jabatandan hendaklah disertakan bersama salinan Rekod Perkhidmatan dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini (2020, 2019 dan 2018). Dokumen-dokumen ini hendaklah dihantar melalui pos. Sila tulis nama jawatan yang dipohon di sebelah kiri sampul surat dan dialamatkan kepada:

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR
JALAN BUKIT KERAJAAN
44000 KUALA KUBU BHARU
SELANGOR
U.P: JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN


Catatan Am

Permohonan yang lewatdan tidak lengkap diisi akan DITOLAK. 
a. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.
b. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup iklan   hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.       
c. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh temuduga iklan hendaklah mengganggap permohonan tidak berjaya.


*Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan melalui link di bawah sebelum membuat permohonan.


Tarikh Tutup Permohonan : 14 September 2021 (Selasa)



Jom Join Telegram Khas : Kerja Kosong Negeri Selangor



Post a Comment