Jawatan Kosong 2021 di Majlis Daerah Kuala Krai (MDKK) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Daerah Kuala Krai (MDKK)
Majlis Daerah Kuala Krai telah ditubuhkan pada 1 Januari 1979 berikutan penyusunan semula Penguasa-Penguasa Tempatan di seluruh Negara dibawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Penyusunan semula tersebut dibuat bertujuan bagi mewujudkan sistem pentadbiran yang lebih cekap, berkemampuan serta memainkan peranan yang lebih aktif di dalam menentukan hala tuju pembangunan, perancangan dan pelaksanaan pembangunan bandar umumnya.
Majlis Daerah Kuala Krai mempunyai keluasan kawasan seluas 129.49 persegi. Ianya meliputi sebahagian besar Daerah Batu Mengkebang yang mana melibatkan kampung-kampung berikut iaitu Kg. Keroh, Kg. Bukit Sireh, Kg. Batu Jong, Kg. Batu Lada, Kg. Kenor, Kg. Batu Balai, Kg. Gatal, Kg. Tualang, Kg. Bekok, Kg. Pahi, Kg. Telekong, Kg. Kuala Nal dan sebahagian dari Rancangan Kemajuan Tanah KESEDAR iaitu RKT Mengkebang, RKT Temalir dan RKT Sungai Pas. Walau bagaimanapun, kawasan operasi Majlis Daerah Kuala Krai ialah hanya 50km persegi yang meliputi bandar Kuala Krai, Guchil, Kg Bukit Sireh, Pahi dan Tualang.
Bilangan penduduk kawasan Majlis Daerah Kuala Krai pada tahun 1980 ialah seramai 47,009 orang dan pada tahun 1986 ialah seramai 53,041 orang berasaskan kadar pertumbuhan 2 % setahun dalam tempoh 6 tahun. Tetapi selepas tahun 1986 kadar pertumbuhan meningkat kepada 3 % menjadikan jumlah penduduk pada tahun 1991 meningkat kepada 63,331 orang. Pada tahun 2005 jumlah penduduk kawasan Majlis adalah seramai 103,294 orang dengan kadar pertumbuhan sebanyak 4 %
Like FB Page Khas - Kerja Kosong Negeri Kelantan
Jawatan:
1. PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a. warganegara Malaysia;
b. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c. i. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau
ii. Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau
iii. diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,770.95).
2. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN GRED W29
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a. warganegara Malaysia;
b. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c.i. Sijil Pengurusan Harta Tanah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred W29 : RM1,510.92); atau
ii. Sijil Penilaian Harta Tanah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred W29 : RM1,510.92); atau
iii. diploma dalam bidang pengurusan harta tanah atau pengurusan harta benda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred W29 : RM1,851.28).
3. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED FA29
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a.warganegara Malaysia;
b.berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c. i. Sijil dalam bidang teknologi maklumat atau prosesan data yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred FA29 : RM1,549.00); atau
ii. Sijil dalam bidang kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred FA29 : RM1,549.00); atau
iii. Diploma dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred FA29 : RM1,855.00); atau
iv. Diploma dalam kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred FA29 : RM1,929.89).
Cara memohon:
a. Permohonan hendaklah menggunakan borang yang telah disediakan. Borang tersebut boleh dimuat turun di pautan bawah.
b. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil atau salinan keputusan peperiksaan bagi kelayakan yang disyaratkan, sijil kelahiran, kad pengenalan (depan dan belakang) yang telah disahkan dan sekeping gambar berukuran pasport.
c. Borang permohonan yang tidak lengkap diisi atau tidak terang, tidak disertakan dengan dokumen-dokumen yang diperlukan, tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan, tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi pegawai sedang berkhidmat dan tidak ditandatangani akan ditolak.
Permohonan hendaklah sampai kepada :-
YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH KUALA KRAI
JKR 60, JALAN SULTAN YAHYA PETRA
18000 KUALA KRAI, KELANTAN.
*Sila baca maklumat lengkap kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.
Tarikh Tutup Permohonan : 07 Oktober 2021
Jom Join Telegram Khas : Kerja Kosong Negeri Kelantan