Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) - 5 Oktober 2021

Post a Comment
Jawatan Kosong 2021 di Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)

Jawatan Kosong 2021 di Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)

Latar Belakang

Nama Ampang berasal daripada pembinaan empangan yang dibina dari Bukit Belacan hingga ke kawasan bandar Ampang (pada masa kini dikenali sebagai Ampang Point) oleh pelombong berbangsa Cina untuk kerja-kerja perlombongan bijih timah.

Kepelatan sebutan dikalangan orang Cina menyebabkan perkataan 'empangan' menjadi 'ampang'.

Sejarah Ampang berkait dengan sejarah Kuala Lumpur kerana di bangunkan oleh orang yang sama iaitu Yap Ah Loy (pengusaha lombong bijih berbangsa Cina). Penduduk asal orang Melayu di kawasan Ampang adalah keturunan Bugis dari Sumatera.
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Like FB Page Khas - Kerja Kosong Negeri Selangor
Jawatan:

1. JURUUKUR BAHAN J41 - 1 Kekosongan

2. PEGAWAI TADBIR N41 - 1 Kekosongan

3. PEGAWAI PENILAIAN W41 - 1 Kekosongan

4. PENOLONG PEGAWAI PENGUATKUASA KP29 - 2 Kekosongan

5. PENOLONG JURUUKUR BAHAN JA29 - 1 Kekosongan

6. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29 - 5 Kekosongan

7. PENOLONG AKAUNTAN W29 - 2 Kekosongan

8. PEMBANTU AKAUNTAN W19 - 5 Kekosongan

9. PEMANDU KENDERAAN H11 - 5 Kekosongan


Perhatian Kepada Pemohon:

a) Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang MPAJ 1 (Percuma) yang boleh didapati dari Kaunter Khidmat Pelanggan atau muat turun borang melalui laman web Majlis Perbandaran Ampang Jaya iaitu www.mpaj.gov.my (admin ada sediakan link muatturun di bawah)

b) Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar beserta dengan:

i) Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran;

ii) Salinan Sijil-sijil Persekolahan termasuk Sijil Berhenti Sekolah;

iii) Salinan Kelulusan Akademik (sila lampirkan bersama surat pengesahan pengiktirafan kelayakan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi sijil/diploma/ijazah dari IPTS dan luar negara - (jika berkenaan);

iv) Transkrip keputusan peperiksaan semua semester (jika yang berkenaan);

v) Sekeping gambar ukuran passport (warna); dan

vi) Nama jawatan yang dipohon hendaklah dinyatakan dipenjuru atas kiri sampul surat permohonan.

c) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan mengikut Perintah Am Bab ‘A’ 21 (Disertakan bersama rekod perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan LNPT yang terkini).

d) Calon-calon yang terpilih akan menjalani Ujian Kecerdasan (IQ Test) dan Ujian Kecergasan (Fitness) (sekiranya ada) sebelum layak dipanggil untuk sesi temuduga.


Penting:

i. Permohonan yang lewat dan tidak lengkap diisi akan ditolak.

ii. Hanya calon yang ditapis sahaja akan dipanggil temuduga.

iii. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

iv. Sebarang tuntutan perbelanjaan adalah tanggungjawab pemohon sendiri.

v. Slip akuan penerimaan borang permohonan hendaklah diisi dan disertakan dengan setem RM1.30 sen.

vi. Sebarang pertanyaan atau kesulitan sila hubungi talian 03-4285 7040 / 7037.

Semua permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada :-

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA
KAUNTER KHIDMAT PELANGGAN ARAS 4
MENARA MPAJ
JALAN PANDAN UTAMA
PANDAN INDAH
55100 KUALA LUMPUR
(U.P: BAH. PENGURUSAN SUMBER MANUSIA)


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 05 Oktober 2021 (Selasa)



Jom Join Telegram Khas : Kerja Kosong Negeri Selangor

Post a Comment